Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyifatkan tohmahan kononnya beliau berpakat bersama dua lagi penyandang dalam mempertahankan jawatan masing-masing sebagai tuduhan tidak berasas.
Dua penyandang jawatan Naib Presiden itu ialah Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Hishammuddin menjelaskan, sebaliknya, mereka bertiga sejak dahulu lagi adalah rakan yang sama-sama mengharungi pahit getir dan pelbagai ujian yang mencabar terutama dalam melakukan kerja-kerja parti.
Menurutnya, berdasarkan kerjasama itulah telah mencetuskan dakwaan kononnya mereka berpakat sedangkan antara mereka bertiga telah wujud keserasian dalam menempuh pelbagai dugaan.
“Kita tawarkan dengan incumbent (penyandang) yang ada pengalaman kita dan apa yang kita lalui selama ini memperjelaskan tuduhan-tuduhan yang kadangkala tidak berasas kerana mereka (Ahmad Zahid dan Mohd Shafie) juga merupakan rakan yang melalui pahit getir serta ujian-ujian sebelum ini,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Hari Ketua Pengarah bertemu pelanggan di Besut, Terengganu pada Rabu.
Majlis itu turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jerteh, Muhamad Pehimi Yusof, Ketua Pengarah JPJ Datuk Ismail Ahmad dan Pengarah JPJ Terengganu Abdul Rahman Emang Anyie.
Hishammuddin seterusnya menarik perhatian, kerjasama seumpama itu telah wujud sejak sekian lama selain mengharungi pelbagai pengalaman ketika berdepan pilihan raya sebelum ini serta Perhimpunan Agung UMNO pada setiap tahun.
Jelasnya, kerjasama erat itu juga bagi memastikan UMNO adalah sebuah parti yang bergerak sebagai satu entiti organisasi utuh dan teguh.
Astro Awani
Thu Oct 03 2013
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Aksi spontan guru suap makanan kepada murid tular
Perlakuan bersahaja seorang guru, Janorashikin Jasdi menyuapkan makanan ke mulut murid prasekolah dari kaum India ketika menyertai satu perlawanan bola sepak di Pulau Pinang, mendapat pujian ramai.
Jenazah bayi beku: KKM tunggu dapatan siasatan CKAPS, dijangka minggu depan
KKM sedang menunggu dapatan laporan siasatan CKAPS mengenai dakwaan sebuah hospital swasta menahan jenazah bayi kerana ibu bapa gagal menjelaskan bil hospital lebih awal.
Zahid tidak terima makluman tengku zafrul keluar UMNO
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak menerima sebarang pemakluman daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk keluar daripada parti itu bagi menyertai parti lain.
Jimat kos, majlis kahwin beramai-ramai semakin popular di Mexico
Sejumlah pasangan diraikan dalam satu majlis perkahwinan beramai ramai di Mexico City pada Jumaat.
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Ingkar SOP: 60 premis diarah tutup serta merta, ini tumpuan kenyataan media Hishammuddin
Pada 11 Ogos 2021, sebanyak 918 SJR telah dilaksanakan di seluruh negara.
COVID-19: PKPD di 9 lokaliti di Sabah, Terengganu dan Pahang
Hishammuddin Hussein memaklumkan keputusan itu dibuat setelah meneliti pembentangan oleh KKM mengenai penilaian risiko dan trend jangkitan.
#GarisMasa: Pelbagai kejadian menarik, curi tumpuan sepanjang Julai 2021
SYUKUR, bangga, sedih, bosan, gembira, terkejut dan berdebar. Itu antara perasaan yang dihadapi seluruh rakyat Malaysia ketika ini, khususnya sepanjang Julai tahun ini.
Belanjawan 2021: Wisma Putra akan manfaat peruntukan demi pertahan kepentingan Malaysia
Beliau berkata peruntukan itu juga akan digunakan untuk mengukuhkan peranan Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara.
Malaysia alu-alukan pengratifikasian ke-50 Triti Pengharaman Senjata Nuklear
Malaysia mengalu-alukan pengratifikasian ke-50 Triti Mengenai Pengharaman Senjata Nuklear (TPNW).
China setuju tambah pembelian produk sawit hingga 2023
Kedua-dua pihak juga bersetuju untuk mempromosikan syarat kelestarian produk minyak sawit yang mematuhi label MSPO dan label makanan hijau.
Malaysia tentang pelan haram Israel terhadap Palestin
Malaysia menentang pelan haram dan unilateral oleh rejim Israel untuk melaksanakan rancangan pengilhakan sebahagian wilayah Palestin yang diduduki di Tebing Barat.
Sabah tetap milik Malaysia sampai bila-bila - Hishammuddin
Malaysia tidak akan mengiktiraf dan memenuhi sebarang tuntutan negara asing ke atas Sabah, tegas Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Dua kategori rentas sempadan dimuktamadkan antara Malaysia-Singapura
SOP yang akan dikeluarkan dalam tempoh terdekat itu melibatkan ahli-ahli perniagaan dan mereka yang berurusan antara negara.
62 jemaah tabligh terkandas di India selamat tiba di KLIA
Seramai 62 jemaah tabligh yang terkandas di India sejak Mac lalu akibat pandemik COVID-19 selamat tiba di tanah air awal pagi Sabtu.