awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia rancang bangun jana kuasa nuklear secara berperingkat
PNB nilai tawaran am sukarela Sunway ke atas IJM berdasarkan pertimbangan komersial
Pesalah buang sampah jalani Perintah Khidmat Masyarakat serentak 13 Feb ini - Nga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

HMRT bawa kereta ke-3 ke Sepang 1000km

Astro Publication
Astro Publication
05/12/2014
04:46 MYT
HMRT bawa kereta ke-3 ke Sepang 1000km
Petang nanti bermulah sesi kelayakan untuk perlumbaan Sepang 1000km (S1K) bagi menentukan grid permulaan acara yang akan bermula pada 1.00 tengah hari, Sabtu 6 Disember. Dan ada perkembangan baharu daripada Honda Malaysia Racing Team (HMRT) – pasangan Honda Jazz dan City generasi terbaharu yang kami laporkan dahulu akan disertai dengan penambahan sebuah lagi kereta lumba. HMRT akan menggunakan semula jentera lumba Honda Jazz yang digunakan oleh Farriz Fauzy dan Tengku Ezan Ley tahun 2013 yang menamatkan perlumbaan pada tempat ke-9. Nombor kereta #26 akan beralih kepada jentera S1K Honda City baharu (gambar di atas), manakala Jazz generasi ke-2 ini akan menggunakan #25. Farriz Fauzy juga akan mendapat pasangan memandu baharu iaitu Alif Hamdan, pelumba yang sedang meningkat naik dan merupakan juara kelas B Porsche Carrera Cup Asia 2014.
Kereta HMRT ke-3 ini akan dipandu oleh Jeff Tan dan Henzee Hamzah, kedua-duanya merupakan pemandu ‘associate’ Honda ataupun mereka yang mempunyai pertalian dengan jenama ini, sepertimana Farriz Fauzy. Pemandu-pemandu lain iaitu Alif Hamdan, beserta pasangan pemandu yang menjuarai S1K tahun lepas dengan Jazz #27 iaitu Eddie Lew dan Aaron Lim adalah pemandu profesional.
Jeff Tan dan Henzee Hamzah akan menyertai perlumbaan S1K buat kali pertama dengan kereta yang diberi sedikit pertambahan kuasa melalui talaan sistem elektronik pada enjin.
“Pasukan HMRT telah berusaha keras untuk penyediaan perlumbaan ini dan saya percaya bukan sahaja kami dapat mencapai catatan masa tahun lepas, tetapi juga mengulangi kejuaraan. Bahkan, lebih hebat jika dapat melihat podium yang dipenuhi pasukan HMRT!” kata Akkbar Danial, pengarah pasukan HMRT.
Topic Berkaitan
# City
# HMRT
# jazz
# sepang
#Honda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan