Honda CR-V sekarang dengan varian 2WD

	Sudah pastinya ada perbezaan yang lebih diantara varian 2WD dengan 4WD, tetapi sebenarnya ia tidaklah begitu besar. Ciri-ciri seperti lampu kabut depan & belakang, lampu utama HID, lampu DRL jenis LED, stereng dengan butang kawalan audio & ‘cruise control’ dan sistem pendingin 2-zon adalah standard untuk ketiga-tiga varian.	(Klik untuk galeri penuh)
	
	Untuk varian paling mewah – iaitu 2.4L 4WD – ia mempunyai kelebihan untuk dilengkapi dengan soket HDMI (untuk digunakan bersama iPhone), ‘paddle shift’, beg udara tingkap, sistem navigasi GPS dan sistem LaneWatch (kamera yang menunjukkan imej kawasan sisi kenderaan anda apabila hendak menukar lorong).
	
	Walaupun tidak dilengkapi beg udara sisi ataupun LaneWatch, 2 varian yang lain iaitu 2.0L 2WD dan 2.0L 4WD tetap datang dengan beg udara hadapan berkembar, beg udara sisi, VSA (Vehicle Stability Assist), Hill Start Assist, kamera undur dan juga sensor undur dan juga Isofiz. Sambungan Bluetooth untuk panggilan telefon juga adalah standard untuk ketiga-tiga varian.
	
	CR-V baharu didatangkan dalam lima warna - kelabu (Modern Steel Metallic), putih (Taffeta White), biru (Twilight Blue Metallic), perak (Alabaster Silver Metallic) dan hitam (Crystal Black Pearl).
	 
	Aksesori
	HMSB juga memberi pilihan kepada pemilik untuk menaiktaraf CR-V dengan kit pilihan yang terdiri daripada Pakej Aero (RM6,000); Pakej Elegant (RM4,500); Pakej Urban (RM2,650), dan Pakej Utility (RM3,000).
	Walaupun tidak dilengkapi beg udara sisi ataupun LaneWatch, 2 varian yang lain iaitu 2.0L 2WD dan 2.0L 4WD tetap datang dengan beg udara hadapan berkembar, beg udara sisi, VSA (Vehicle Stability Assist), Hill Start Assist, kamera undur dan juga sensor undur dan juga Isofiz. Sambungan Bluetooth untuk panggilan telefon juga adalah standard untuk ketiga-tiga varian.
	
	CR-V baharu didatangkan dalam lima warna - kelabu (Modern Steel Metallic), putih (Taffeta White), biru (Twilight Blue Metallic), perak (Alabaster Silver Metallic) dan hitam (Crystal Black Pearl).
	 
	Aksesori
	HMSB juga memberi pilihan kepada pemilik untuk menaiktaraf CR-V dengan kit pilihan yang terdiri daripada Pakej Aero (RM6,000); Pakej Elegant (RM4,500); Pakej Urban (RM2,650), dan Pakej Utility (RM3,000).Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

