Astro Publication
Sun Nov 02 2014
Selepas mendapat keputusan yang sangat membanggakan di perlumbaan Sepang 1000km tahun 2013, pasukan Honda Malaysia Racing Team (HMRT) sekali lagi mengesahkan penyertaan mereka untuk acara yang sama edisi 2014 yang bakal diadakan Disember nanti.
Tetapi, kali ini mereka akan bertanding dengan 2 jentera lumba yang baharu: Honda Jazz dan Honda City; kedua-dua generasi terbaharu kereta ini telah diperkenalkan ke pasaran Malaysia pada tahun ini.
Model Jazz yang akan berlumba untuk tahun ini adalah model terbaharu, mengambil tempat model generasi sebelumnya yang digunakan pada tahun 2012. Pada tahun lepas pula ia mendapat tempat pertama dan kesembilan. Nombor perlumbaan juga akan dikekalkan; 27 (nombor pada Jazz yang menjuarai S1K 2013) dan 26.
Kereta yang diberikan nombor 26 adalah untuk model Jazz serba-baharu, manakala nombor 27 pula akan diberikan kepada City.
Tugas memandu pula masih diberikan kepada mereka yang sama terlibat sewaktu kejayaan S1K 2013. Ini termasuk Eddie Lew, Aaron Lim dan Fairuz Fauzy; pemandu ke-4 pula akan diumumkan kelak.
Kedua-dua kereta ini telah mula disiapkan untuk perlumbaan S1K sejak bulan Mac, mengikut kata pengarah pasukan HMRT, Akkbar Danial. “Kami membuat keputusan untuk berlumba menggunakan model City untuk kali pertama tahun ini kerana ia menepati peraturan perlumbaan dengan enjin 1600cc-nya. Ia juga berkongsi platform dengan Honda Jazz serba baharu dan sesuai untuk menjadi kereta lumba jika ubahsuai telah dilakukan, terutamanya untuk sistem suspensi” kata Akkbar.
Antara langkah ubahsuai yang telah diberikan adalah komponen ball-joint yang direka oleh HMRT sendiri untuk memberi kebolehan mengolah roll center dan bump steer. Sebagai sebuah jentera perlumbaan, segala bahagian kereta yang tidak diperlukan untuk tugas ini telah dikeluarkan, menghasilkan City dan Jazz spesifikasi S1K yang hanya seberat 1030kg.
(Nota: Varian yang paling ringan untuk Jazz standard adalah 1067kg, manakala untuk City pula adalah 1075kg. Kedua-dua model ini dipasang di kilang Honda di Melaka sejak mula diperkenalkan di Malaysia)
Sepertimana tahun-tahun sebelumnya, HMRT dianggotai oleh 42 individu tempatan yang mempunyai pekerjaan tetap dengan Honda Malaysia. Kesemuanya juga berkhidmat secara sukarela, dan segala tanggungjawab berkaitan HMRT dilakukan di luar waktu bekerja.
Akkbar Danial menyambung, “Pasukan ini telah mendapat banyak pengalaman dan pengetahuan teknikal setelah membina 2 jentera perlumbaan S1K Jazz sebelum ini. Dengan dedikasi yang diberikan, saya yakin bahawa HMRT akan dapat menjadikan Jazz serba baharu dan City ini sebagai jentera perlumbaan yang hebat Disember nanti.”
Perlumbaan Sepang 1000km akan diadakan dari 5 hingga 7 Disember nanti di Litar Antarabangsa Sepang.
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Tentera Israel berundur dari Khiam, Marjayoun
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Rabu mengesahkan tentera Israel berundur dari bandar di selatan Lubnan, sekali gus menjadi pengunduran pertama tentera rejim di bawah perjanjian genjatan senjata antara kedua negara.
Pembangkang usul pecat kedua terhadap Suk Yeol
Parti pembangkang Korea Selatan sekali lagi, mengemukakan usul untuk memecat Presiden Yoon Suk Yeol pada Khamis susulan kontroversi berkaitan pengisytiharan undang-undang tentera oleh Yoon sebelum ini. Ia selepas kegagalan usul pemecatan pertama yang tidak diluluskan di Parlimen negara itu sebelum ini.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Ratusan penunjuk perasaan bertembung dengan polis di Seoul
Ratusan penunjuk perasaan yang menuntut pemecatan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol bertembung dengan polis pada Khamis ketika mereka cuba memasuki kediaman rasmi presiden itu di Seoul.
PM gesa institusi pendidikan manfaatkan pameran sejarah dunia Melayu-Islam
Perdana Menteri berkata gesaan ini turut ditujukan kepada Arkib Negara, Dewan Bahasa dan Pustaka serta Perpustakaan Negara Malaysia.
Majoriti rakyat Malaysia anggap layanan kerajaan pilih kasih
Majoriti rakyat Malaysia terutama kaum Melayu dan Cina melihat kerajaan tidak melayan semua pihak secara adil kerana wujud perbezaan kelas.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan mula beroperasi - Fahmi
Sebanyak 318 stesen pemancar atau menara telekomunikasi di seluruh negara yang terkesan bencana banjir sejak November hingga Khamis, telah mula beroperasi semula.
PKR teliti alasan penghakiman untuk tindakan susulan
Bekas Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan berbincang dengan peguam susulan keputusan Mahkamah Rayuan mengurangkan pampasan yang perlu dibayar bekas Naib Presiden parti itu Datuk Zuraida Kamaruddin daripada RM10 juta kepada RM100,000 kerana melanggar syarat bon.
Honda sekarang syarikat kereta bukan-nasional no.1 di Malaysia
2015 menjadi tahun bermakna buat HMSB dengan 94,902 unit terjual. City model paling laris; Disember bulan terbaik
Honda Malaysia keluarkan kemaskini produk untuk City dan Jazz
Melibatkan model-model tahun 2014 (City gen-4) dan tahun 2015 (Jazz gen-3)
HMRT bawa kereta ke-3 ke Sepang 1000km
Kereta lumba Honda Jazz tahun lepas digunakan; akan dipandu pasangan pelumba yang akan menyertai S1K buat kali pertama
Honda City 1.5L V
Apa yang perlu ada pada sedan segmen B?
Apa sahaja jawapan anda, kemungkinan besar Honda City baharu menyediakannya – dan dengan harga masuk akal
Honda Malaysia akan berlumba menggunakan Jazz dan City
Pasukan lumba tempatan HMRT akan cuba untuk mengulangi keunggulan tahun lepas dengan dua jentera perlumbaan baharu