awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Honda Malaysia panggil balik 24,962 kenderaan kerana beg udara Takata

Bernama
Bernama
03/02/2017
22:00 MYT
Honda Malaysia panggil balik 24,962 kenderaan kerana beg udara Takata
Honda Malaysia memanggil balik 24,962 unit kenderaan model tahun 2012 untuk mendapatkan pengggantian inflator beg udara. - Gambar fail
Honda Malaysia Sdn Bhd memanggil balik 24,962 unit kenderaan model tahun 2012 untuk mendapatkan pengggantian inflator beg udara bahagian hadapan penumpang Takata.
Dalam satu kenyataan hari ini, Honda Malaysia berkata model terlibat ialah Accord, Jazz, Jazz Hybrid, City, Freed dan Insight.
Syarikat melanjutkan langkah proaktif bagi memastikan keselamatan pelanggan yang merupakan keutamaannya, katanya.
"Kami menegaskan bahawa semua model yang sedang kami jual, tidak akan terjejas dan akan terus mendokong kawalan yang telus dan ketat bagi memastikan keselamatan pengguna," katanya.
Honda Malaysia berkata syarikat akan memaklumkan semua pelanggan yang terjejas melalui surat pemberitahuan, termasuk perincian terkini produk tersebut.
"Pelanggan yang menerima surat ini digalakkan menghantar kenderaan mereka kepada pengedar Honda yang sah untuk membuat pemeriksaan dan penggantian," katanya.
Mereka juga boleh memeriksa status ptarik balik kenderaan dengan melayari www.honda.com. atau www.productrecall.honda.com.my atau menghubungi Honda di talian bebas tol 1-800-88-2020.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#accord
#city
#freed
#Honda Malaysia Sdn Bhd
#Insight.
#jazz
#Jazz hybrid
#Takata
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan