
Honda Malaysia Sdn. Bhd. (HMSB) sudah mengumumkan bahawa harga bagi kenderaan Honda akan meningkat bermula Januari 2016. Seperti
Toyota dan
Nissan sebelum ini, perubahan ini adalah disebabkan nilai Ringgit yang semakin susut berbanding mata wang utama lain di dunia.
Walaupun ia belum diputuskan dengan rasmi, HMSB menjangka bahawa kenaikan ini adalah antara 2% hingga 3% bergantung kepada model. Harga bagi kenderaan Honda pada Januari 2016 hanya akan diputuskan pada bulan Disember 2015 setelah meneliti kadar tukaran wang pada waktu itu.

HMSB mejelaskan bahawa komponen yang digunakan sekarang untuk memasang unit-unit CKD Honda di Melaka telah dibeli ketika nilai Ringgit masih lagi tinggi. Namun untuk terus memasang kereta-kereta baharu, harga-jarga untuk alat-ganti dan komponen yang sama telah naik.
“Setelah mengambil kira semua kemungkinan, perubahan harga ini tidak dapat dielak untuk terus membekalkan produk dan perkhidmatan berkualiti kepada pelanggan. Jika nilai Ringgit pulih kepada keadaa sebelum ini, kami akan meneliti semula struktur harga sekali lagi,” kata Yoichiro Ueno, ketua pegawai eksekutif HMSB.
Mengikut andaian peningkatan maksima yang diberikan HMSB (iaitu 3%), di bawah kami senaraikan harga maksimum bagi model-model popular Honda.
[Harga kini di atas berdasarkan Oktober 2015. Atas Jalan, termasuk insurans dan GST.]