DREBAR
Honda memberi fokus kepada pasaran Malaysia Timur
Hab logistik ini diharap dapat memudahkan aktiviti operasi pengedar-pengedar Honda dan aktiviti operasi Honda Malaysia. Lebih dari itu, masa penghantaran kereta kepada pengedar Honda di kedua-dua negeri ini dapat dikurangkan secara mendadak, dari sembilan hari yang diambil sekarang ke tiga hari.
Kualiti kenderaan yang dihantar juga dapat dijaga kerana sebelum ini ada kes di mana produk dihantar ada kerosakan seperti kesan calar; masa yang lama di bawah matahari terik sebelum penghantaran dapat dibuat juga tidak bagus kepada kenderaan tersebut.
Hab Logistik Malaysia Timur oleh HMSB ini akan diseliakan oleh Giga Shipping Sdn. Bhd.
Dari segi jualan, pasaran Sarawak dan Sabah menyumbang 5.6% daripada jumlah keseluruhan jualan HMSB bagi tahun 2014. Dalam pada itu, bahagian pasaran kereta Honda di negeri-negeri ini telah meningkat, dari 2% ke 3% (di Sabah) dan dari 3% ke 5% di Sarawak.
Sebuah pejabat serantau, kemudahan latihan dan gudang alat ganti akan turut disiapkan untuk kemudahan pengedar Honda dan pelanggan.
HMSB juga merancang untuk menjual sehingga 600 unit kenderaan sebulan menjelang 2016.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami