awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sukan SEA 2027: PKBM rancang program trek dengan negara Asia Tenggara
Pemimpin dunia kutuk sekeras-kerasnya serangan bom di masjid Islamabad
Johor bakal kaji semula potensi penggunaan air bawah tanah untuk pusat data - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hormati Jalur Gemilang, lambang kedaulatan negara - MB Kelantan

Bernama
Bernama
10/08/2017
08:07 MYT
Hormati Jalur Gemilang, lambang kedaulatan negara - MB Kelantan
Ahmad berkata sambutan Hari Kebangsaan yang diadakan setiap tahun boleh memberi kesedaran kepada rakyat pentingnya mengingati sejarah kemerdekaan negara.
Jalur Gemilang perlu dihormati dan dikibarkan kerana ia merupakan simbol dan lambang kedaulatan Malaysia yang tercinta, kata Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob.
Beliau berkata ia juga cukup bermakna dalam sejarah perkembangan Islam dan mesti dipertahankan dalam sebarang bentuk dan keadaan.
"Memijak, menconteng dan menghinanya adalah satu kesalahan besar," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Program Sehati Sejiwa Bersama Islam Peringkat Negeri Kelantan di sini, hari ini.
Ahmad berkata sambutan Hari Kebangsaan yang diadakan setiap tahun boleh memberi kesedaran kepada rakyat pentingnya mengingati sejarah kemerdekaan negara supaya tanah air ini tidak dijajah semula dalam bentuk ideologi dan ekonomi.
Sementara itu, Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang juga pengerusi jawatankuasa program berkenaan berkata pelbagai program akan diadakan sempena sambutan hari kemerdekaan negara termasuk solat hajat di semua masjid di Kelantan pada 30 Ogos ini.
Beliau juga meminta rakyat mengibarkan Jalur Gemilang di rumah dan kenderaan masing-masing untuk menyemarakkan lagi sambutan.
"Sambutan itu perlu untuk memerdekakan minda daripada belenggu penjajah dan melahirkan semangat jati diri dan sayangkan negara serta mempertahankan tanah air adalah sebahagian daripada tuntutan agama," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ahmad Yakob
#Jalur Gemilang
#Malaysia
#Menteri Besar
#menteri besar kelantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan