PUTRAJAYA: Hospital Cyberjaya akan dioperasikan sepenuhnya sebagai hospital awam di bawah Kementerian Kesihatan (KKM), dengan sebuah klinik kesihatan baharu turut dibuka di hospital itu bagi menampung keperluan perkhidmatan kesihatan.
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dalam satu kenyataan hari ini berkata pengoperasian Hospital Cyberjaya sebagai Hospital Pakar Major dipersetujui Mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat lepas, dan akan dilaksanakan secara berfasa bermula 11 Nov depan, dengan menawarkan 14 bidang kepakaran serta perkhidmatan kesihatan.
Terdahulu, Jemaah Menteri pada 5 Mei 2021 bersetuju secara prinsip dengan hala tuju pengoperasian Hospital Cyberjaya dilaksanakan melalui model kerjasama awam-swasta berkonsepkan pajakan dengan terma dan syarat serta perbincangan terperinci diterajui oleh Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS), Jabatan Perdana Menteri.
Dalam pada itu, Khairy berkata beliau menyedari keperluan mendesak untuk sebuah klinik kesihatan baharu di daerah Sepang bagi mengurangkan kesesakan yang dihadapi di Klinik Kesihatan Dengkil.
Sehubungan itu, beliau memaklumkan sebahagian daripada bangunan di dalam kawasan Hospital Cyberjaya akan dibuka dan beroperasi sebagai Klinik Kesihatan Cyberjaya bagi rawatan pesakit luar bermula 1 Nov ini.
"Pengoperasian Hospital Cyberjaya sebagai sebuah hospital awam dan pembukaan Klinik Kesihatan Cyberjaya akan memberikan akses perkhidmatan kesihatan kerajaan yang berkualiti dan menyeluruh kepada penduduk sekitar.
"Langkah ini sekali gus akan mengurangkan masa menunggu dan kesesakan di fasiliti kesihatan berhampiran iaitu Hospital Serdang, Hospital Kajang dan Hospital Putrajaya," katanya.
Hospital Cyberjaya yang mula dibina pada 15 Ogos 2017 di atas tapak berkeluasan 5.2 hektar dengan ketinggian sembilan tingkat telah diserahkan kepada KKM pada 15 Jun 2021.
Hospital itu antara lain akan dilengkapi dengan 288 katil, blok kecemasan dan juga kemudahan 1,006 parkir termasuk 790 di parkir bertingkat.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 11 2022
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dalam satu kenyataan hari ini berkata pengoperasian Hospital Cyberjaya sebagai Hospital Pakar Major dipersetujui Mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat lepas. - Gambar fail/Astro AWANI
PM Anwar yakin terhadap IsDB dalam tangani ketidaksamaan, marginalisasi umat Islam
Bank itu mempunyai peranan untuk menangani isu ketidakadilan, ketidaksamaan dan marginalisasi terutamanya dalam kalangan umat Islam.
Harumanis antara tarikan utama Agrofiesta 2024
Mangga harumanis dan produk makanan berasaskan mangga antara tarikan utama pada penganjuran Agrofiesta 2024.
NIOSH sedia beri khidmat nasihat depani cabaran perubahan iklim
NIOSH bersedia memberikan khidmat nasihat serta rundingan bagi membantu kerajaan, majikan dan pekerja menghadapi cabaran berkaitan perubahan iklim.
Malaysia negara pertama terima visa haji
Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji 1445H/2024.
Menteri Indonesia bincang isu pekerja migran dengan rakan sejawat dari Malaysia
Fauziyah harap Steven akan membawa penambahbaikan kepada dasar berkaitan tenaga kerja Indonesia.
Pahang peruntuk RM1.5 juta bantuan tunai bakal jemaah haji
Sebanyak 1,588 jemaah haji Pahang menerima sumbangan 'duit poket' berjumlah RM750 seorang bagi membantu meringankan beban bakal haji dalam melakukan persiapan melaksanakan rukun Islam kelima itu.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi jangan mudah percaya taktik fitnah - Ramanan
Ramanan berkata pengundi perlu lebih berhati-hati, dan sentiasa menyemak fakta apabila mendengar kempen politik yang dilakukan pihak lawan.
KEDA berhasrat tanam padi wangi, padi huma tahun ini
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) berhasrat membangunkan tanaman padi wangi dan padi huma di beberapa kawasan pertanian dalam wilayahnya, tahun ini.
Mesyuarat perundingan Enam Pihak Arab bincangkan perkembangan di Gaza
Mesyuarat perundingan Jawatankuasa Enam Pihak Arab itu membincangkan perkembangan serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.
Chegubard didakwa di Mahkamah Sesyen KL esok - Peguam
Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegubard akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok atas pertuduhan memfitnah dan menghasut.
Suami bakal jalani pembedahan esok, Siti Noraida mohon doa orang ramai
Tiada apa diharapkan selain titipan doa orang ramai agar suami tersayang kembali pulih dan meneruskan kehidupan harian seperti sediakala.
Hospital Cyberjaya mula operasi hari ini
Hospital Cyberjaya di Cyber 11 beroperasi secara rasminya bermula hari ini.
Hospital Cyberjaya dioperasikan sepenuhnya sebagai hospital awam
Hospital Cyberjaya akan dioperasikan sepenuhnya sebagai hospital awam di bawah Kementerian Kesihatan (KKM).