CYBERJAYA: Hospital Cyberjaya di Cyber 11 di sini beroperasi secara rasminya bermula hari ini.
Dibina atas tanah seluas 5.2 hektar, ia melibatkan peruntukan kos sebanyak RM508.8 juta dan merupakan hospital pertama di Malaysia yang bertaraf platinum di bawah pensijilan Indeks Bangunan Hijau iaitu menekankan faktor kelestarian dan kecekapan tenaga menerusi reka bentuknya.
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin ketika berucap merasmikan Majlis Pelancaran Pengoperasian Hospital Cyberjaya hari ini berkata pada awalnya, terdapat cadangan untuk memajak hospital tersebut kepada pihak swasta namun kerajaan memutuskan untuk mengoperasikan Hospital Cyberjaya sebagai hospital awam.
"Faktor untuk menswastakan hospital ini adalah kerana penduduk Cyberjaya kebanyakannya M40, yang mampu bayar di hospital swasta namun ada juga yang bukan M40. (Jadi) saya mahu rakyat dan penduduk Cyberjaya mendapat rawatan di hospital awam," katanya.
Beliau berkata dengan pembukaan Hospital Cyberjaya, ia akan dapat membantu mengurangkan kesesakan di hospital berdekatan terutamanya Hospital Putrajaya, Hospital Kajang dan Hospital Serdang.
Hospital Cyberjaya yang akan beroperasi dengan kapasiti 288 katil dijangka dapat memanfaatkan kira-kira 282,000 penduduk Sepang.
Menurut Khairy Hospital Cyberjaya bakal menawarkan 14 bidang kepakaran dan perkhidmatan kesihatan antaranya perubatan am, radiologi, pergigian, rehabilitasi dan ortopedik.
"Selain itu, Hospital Cyberjaya juga menyediakan perkhidmatan audiologi bagi pesakit kanak-kanak dan dewasa termasuk ujian saringan pendengaran serta ujian diagnostik," kata Khairy sambil menambah kepakaran geriatrik juga bakal ditempatkan di Hospital Cyberjaya.
Turut hadir Pengarah Hospital Cyberjaya Dr Shahabuddin Ibrahim dan Pengarah Kesihatan Negeri Selangor Datuk Dr Sha'ari Ngadiman.
Dalam perkembangan lain mengenai kes COVID-19 di pusat pemindahan sementara (PPS), beliau berkata Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengenal pasti empat kes melibatkan warganegara di Dewan Orang Ramai Kampung Budiman, Klang dan kesemua mereka telah diisolasi.
Katanya mangsa banjir tidak perlu menjalani ujian saringan COVID-19 sebelum memasuki PPS namun sekiranya bergejala dan didapati positif COVID-19, mereka akan diasingkan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 11 2022
Hospital Cyberjaya di Cyber 11 beroperasi secara rasminya bermula hari ini. - Foto BERNAMA
Batu Puteh: Dr Mahathir balas kenyataan tiga bekas menteri Kabinet
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama ada perlu beliau meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Pantau Agenda Reformasi: Tangani kenaikan harga premium insurans, takaful kesihatan
Ikuti kupasan Provost, Malaysia University of Science & Technology (MUST), Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai mengenai enam syor Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan tangani kenaikan harga premium insurans & takaful.
Pelabur harus memiliki mata wang Bitcoin - Thomas Peterffy
Pengasas syarikat broker runcit Interactive Brokers Group, Thomas Peterffy menyarankan pelabur untuk memiliki sedikit mata wang kripto, Bitcoin.
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus pada Oktober 2024 dengan 38,400 tan berbanding 31,847 tan pada September 2024.
Korean Air selesai pembelian jangka panjang Asiana Airlines
Syarikat penerbangan Korean Air menyelesaikan pembelian jangka panjang terhadap pesaingnya, Asiana Airlines yang kini dalam krisis hutang.
Jumlah import eksport barangan China naik 4.9 peratus 11 bulan pertama
Jumlah import dan eksport barangan China mencapai RMB39.79 trilion (RM24.3 trilion) dalam 11 bulan pertama tahun ini, naik 4.9 peratus tahun ke tahun.
4.1 juta pencarum miliki amaun permulaan, RM 14.5 bilion dipindah
Seramai 4.1 juta atau 31.6 peratus daripada jumlah keseluruhan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah umur 55 tahun memilih mempunyai amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel dengan jumlah perpindahan sebanyak RM14.5 bilion
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
MIC cadang mekanisme khusus kawal kos rawatan hospital swasta
MIC mencadangkan supaya kerajaan dapat mewujudkan mekanisme khusus yang dapat mengawal kos rawatan di hospital swasta.
Pindaan Akta 655 perkenal hukuman berat, kesalahan baharu
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof bentangkan pindaan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) dengan memperkenalkan hukuman lebih berat dan kesalahan baharu.
Lapan warga asing ditahan bantu siasatan kes kematian di Pulau Meranti
Kesemua individu itu ditahan di kediaman mereka di Pulau Meranti dan Kampung Baru, Sungai Buluh, Selangor, pada kira-kira 11 malam, hari yang sama.
Suami bakal jalani pembedahan esok, Siti Noraida mohon doa orang ramai
Tiada apa diharapkan selain titipan doa orang ramai agar suami tersayang kembali pulih dan meneruskan kehidupan harian seperti sediakala.
Hospital Cyberjaya mula operasi hari ini
Hospital Cyberjaya di Cyber 11 beroperasi secara rasminya bermula hari ini.
Hospital Cyberjaya dioperasikan sepenuhnya sebagai hospital awam
Hospital Cyberjaya akan dioperasikan sepenuhnya sebagai hospital awam di bawah Kementerian Kesihatan (KKM).