awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
RPN 2026-2035 'reset' pendidikan negara, perkukuh laluan TVET
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
‘Jangan sesekali takut dengan kajian’ - Hannah Yeoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hospital ikut prosedur serah jenazah

Bernama
Bernama
23/09/2017
14:27 MYT
Hospital ikut prosedur serah jenazah
Pada jam 1.20 tengah hari 9 Sept, jenazah dituntut oleh waris iaitu Roseli Mahat, dengan dihadiri bersama pihak JAINS, kata Dr Zainudin. - Gambar hiasan
Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) telah mengikut prosedur yang ditetapkan sebelum menyerahkan jenazah kepada warisnya, kata Pengarah Kesihatan Negeri Sembilan, Dr Zainudin Mohd Ali.
Beliau mengulas laporan sebuah portal berita semalam yang memetik sebuah akhbar berbahasa Cina yang melaporkan seorang anak berkata keluarganya tidak berpuas hati dengan tindakan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JAINS) yang mengebumikan mayat bapanya yang beragama Hindu di Tanah Perkuburan Islam.
Ia melibatkan jenazah seorang individu yang bernama Mahat Sulaiman yang telah meninggal dunia di HTJS pada 9 Sept lalu.
"Pada hari arwah meninggal, pihak HTJS telah menghubungi JAINS apabila terdapat keraguan mengenai status agama arwah berikutan dakwaan waris (anak) bahawa arwah bapanya bukan beragama Islam.
"Namun semakan kad pengenalan arwah yang diserahkan oleh waris tertera bahawa arwah beragama Islam. JAINS juga telah mengesahkan bahawa arwah masih lagi beragama Islam.
"Pada jam 1.20 tengah hari pada 9 Sept, jenazah telah dituntut oleh waris iaitu Roseli Mahat (anak simati) dengan dihadiri bersama pihak JAINS," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sehubungan itu Dr Zainudin berkata penyerahan arwah daripada HTJS kepada waris tersebut dilakukan mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
Dilaporkan keluarga tersebut akan berusaha untuk mengkebumikan mayat tersebut di Tanah Perkuburan Hindu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hindu
#Hospital Tuanku Jaafar Seremban
#Islam
#Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan
#jenazah
#Mahat Sulaiman
#mayat
#meninggal dunia
#Negeri Sembilan
#pengarah kesihatan
#prosedur
#Seremban
#Zainudin Mohd Ali
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan