awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah N.Sembilan RM7.50, RM12 dan RM20 - MAINS
JBPM beku 80 peratus cuti pegawai, anggota pastikan kesiapsiagaan di tahap tinggi
PM Anwar mahu pelaksanaan agenda digital, AI negara dipercepat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hospital Putrajaya masih mampu tampung keperluan

Bernama
Bernama
05/04/2023
13:33 MYT
Hospital Putrajaya masih mampu tampung keperluan
Hospital Putrajaya masih mampu menampung keperluan rawatan dan perubatan penduduk sekitarnya ketika ini. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Hospital Putrajaya masih mampu menampung keperluan rawatan dan perubatan penduduk sekitarnya ketika ini.
Timbalan Menteri Kesihatan Lukanisman Awang Sauni berkata ini kerana penduduk sekitar juga boleh mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan yang lain seperti Hospital Serdang, Hospital Cyberjaya dan Hospital Sultan Abdul Aziz Shah. Universiti Putra Malaysia (UPM) yang berada dalam radius 15 kilometer dari hospital itu.
"Kadar penggunaan katil di Hospital Putrajaya ketika ini adalah sederhana iaitu pada sekitar 66 peratus berbanding kapasiti 605 buah katil yang ada.
"Selain itu, nisbah katil bagi setiap 1,000 penduduk ialah 8.27 katil, jumlah ini melebihi purata 2.07 katil bagi seluruh Malaysia," katanya di Dewan Negara di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 (Belanjawan 2023) bagi kementerian itu bagi menjawab isu yang dibangkitkan oleh Senator Datuk Mohd Hisamudin Yahaya berkenaan Hospital Putrajaya, terutama di Jabatan Kecemasan, yang dikatakan sesak.
Lukanisman berkata setiap cadangan dan isu yang diutarakan berkaitan fasiliti Kementerian Kesihatan (KKM) akan diberikan pertimbangan sewajarnya, namun fokus ketika ini tertumpu kepada mengoptimumkan fasiliti sedia ada.
Dalam pada itu, Lukanisman berkata kementerian itu menyasarkan pertambahan dua lagi hospital KKM yang menawarkan perkhidmatan geriatrik (penjagaan kesihatan golongan berusia) dalam tempoh lima tahun, sebagai tambahan kepada 16 buah hospital sedia ada.
"KKM juga ambil inisiatif melatih penjaga warga emas dan sejak tahun 2013, kita sudah mempunyai 19,792 penjaga warga emas yang terlatih," katanya.
Sementara itu, mengenai isu kekurangan perjawatan perkhidmatan kesihatan seperti jururawat yang turut dibangkitkan pada sesi perbahasan, Lukanisman berkata jumlah jururawat KKM pada dasarnya meningkat sebanyak 38 peratus berbanding 2012.
"Kita ada 69,608 orang jururawat terdiri daripada 97 peratus lantikan tetap...kita juga lakukan beberapa inisiatif untuk menambah (jumlah jururawat) dengan meningkatkan pengambilan pelatih Diploma Kejururawatan di Institusi Latihan KKM dan lakukan lantikan tetap berfasa selain tawar cuti bergaji penuh pada Jururawat Gred U19, 24 dan 26 bagi ikuti program Diploma Kejururawatan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#hospital putrajaya
#tampung keperluan rawatan
#Timbalan Menteri Kesihatan Lukanisman Awang Sauni
#rawatan dan perubatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan