awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hospital Serdang urus pesakit lebih lancar bulan depan - PM Najib

Bernama
Bernama
14/02/2017
14:54 MYT
Hospital Serdang urus pesakit lebih lancar bulan depan - PM Najib
PM Najib: Hospital Serdang berupaya menguruskan pesakit dan pelawat terutama di wad bersalin dan kanak-kanak dengan lebih lancar pada bulan depan. - Gambar fail
Hospital Serdang berupaya menguruskan pesakit dan pelawat dengan lebih lancar dan selesa terutama di wad bersalin dan kanak-kanak pada bulan depan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata perkembangan itu berdasarkan laporan yang diterimanya daripada Kementerian Kesihatan berhubung cadangan penambahbaikan keperluan asas susulan daripada lawatannya ke hospital itu bulan lepas.
"Keperluan asas telah ditambah seperti kerusi untuk ruang menunggu di wad kecemasan, tilam khas bersalin, tilam 'ripple' bagi pesakit kronik, katil sofa untuk ibu bapa di wad pediatrik dan tujuh buah ambulans yang baharu.
"Ini akan membolehkan lebih ramai orang menerima rawatan dalam masa yang lebih singkat dan efisyen," katanya menerusi catatan di blognya, najibrazak.com hari ini.
BACA: PM Najib lakukan lawatan mengejut ke Hospital Serdang
Najib turut memberi jaminan bahawa beliau akan sentiasa memastikan rakyat menerima perkhidmatan awam yang terbaik.
Pada 26 Jan lepas, Najib mengadakan lawatan mengejut ke Hospital Serdang bagi melihat sendiri persekitaran serta keselesaan di hospital yang dibina pada 2005 itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Datuk Seri Najib Tun Razak
#Hospital Serdang
#wad bersalin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan