awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Usaha tangani perubahan iklim terjejas, AS tarik diri dari Dana Iklim Hijau 'radikal'
Tiada rombakan besar pemain untuk bertemu PDRM FC - Tengku Hazman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

HRD Corp perkenal Skim Graduan MADANI

Bernama
Bernama
22/08/2025
20:45 MYT
HRD Corp perkenal Skim Graduan MADANI
HRD Corp memaklumkan, skim berkenaan membolehkan majikan berdaftar menyalurkan sebahagian caruman levi mereka ke dalam program latihan berstruktur dan pendedahan industri. - Gambar fail/HRD Corp
KUALA LUMPUR: Human Resource Development Corporation (HRD Corp) pada Jumaat melancarkan Skim Graduan MADANI (SGM), satu inisiatif untuk memperkukuh pembangunan kemahiran graduan di samping membantu majikan dalam meningkatkan produktiviti tenaga kerja.
HRD Corp memaklumkan, skim berkenaan membolehkan majikan berdaftar menyalurkan sebahagian caruman levi mereka ke dalam program latihan berstruktur dan pendedahan industri.
Ketua Eksekutif HRD Corp, Dr Syed Alwi Mohamed Sultan berkata, skim itu bukan sahaja meningkatkan daya saing tenaga kerja malah memastikan pembangunan graduan selari dengan keperluan industri.
"SGM mampu memberi manfaat kepada graduan dan majikan. Graduan mendapat pengalaman praktikal dan latihan industri, manakala majikan dapat membangunkan saluran bakat yang mampan.
"Program ini bertujuan melahirkan tenaga kerja berdaya tahan, produktif dan bersedia menghadapi cabaran masa depan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
HRD Corp yang juga agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) memaklumkan, inisiatif berkenaan mencerminkan tekad kerajaan untuk membangunkan tenaga kerja berkemahiran dan bersedia menghadapi masa depan.
Ia juga selari dengan prinsip 3K kementerian iaitu Kemahiran Pekerja, Produktiviti Pekerja dan Kebajikan Pekerja, di samping mengukuhkan agenda nasional dalam mewujudkan tenaga kerja Malaysia yang berdaya tahan serta berdaya saing.
Menurut kenyataan itu, SGM terbuka kepada graduan Malaysia yang telah menamatkan pengajian tinggi termasuk Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 4 ke atas dan sedang mencari pengalaman latihan kerja berstruktur pertama.
Antara ciri utama skim itu termasuk kewajipan peserta melengkapkan program pembangunan kemahiran selama 12 bulan manakala majikan berdaftar boleh menuntut hingga 50 peratus daripada baki levi bagi tahun permohonan untuk latihan yang dilaksanakan bermula 1 Jan 2025.
Permohonan geran di bawah SGM boleh dikemukakan oleh majikan berdaftar mulai 1 Jan 2026.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#HRD Corp
#KESUMA
#latihan kerja
#saluran bakat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan