awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

HRPB lakar sejarah, laksana pembedahan pintasan arteri ECIC pertama di Perak

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
26/07/2024
02:00 MYT
HRPB lakar sejarah, laksana pembedahan pintasan arteri ECIC pertama di Perak
Pembedahan itu dilaksana bertujuan untuk memperbaiki perfusi otak dan mengurangkan risiko strok di masa hadapan. - Foto HRPB
IPOH: Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pada Khamis melakar sejarah apabila berjaya melaksanakan prosedur pembedahan otak 'Extracranial- Intracranial (ECIC) Arterial Bypass Surgery' bagi pesakit lumpuh yang julung kali dilakukan di Perak.
Pengarah HPRB, Dr Saiful Azlan Sharif berkata, pembedahan pintasan itu membabitkan seorang pesakit berusia 56 tahun yang menghidap penyakit Moya-Moya.
Menurutnya, penyakit itu menyebabkan pesakit mengalami simptom sakit kepala dan lumpuh anggota badan sejak November tahun lalu.
"Penyakit Moya-Moya berlaku berikutan penyempitan progresif bahagian terminal 'internal carotid artery' (ICA) iaitu salur darah utama ke otak.
“Pembedahan itu dilaksana bertujuan untuk memperbaiki perfusi otak dan mengurangkan risiko strok di masa hadapan," katanya dalam kenyataan.
Menurutnya, pembedahan dijalankan hasil kerjasama Pakar Neurosurgeri HRPB, Dr Mohamed Azhari Omar dan Dr Mohd Syahiran Mohd Sidek bersama jemputan khas iaitu Profesor Datuk Dr Jafri Malin Abdullah dan Dr Muhammad IhfazIsmail dari Jabatan Neurosains Universiti Sains Malaysia (USM).
Katanya, kejayaan itu adalah hasil kerjasama dan sokongan erat daripada Pengarah HRPB, Jabatan Neurosurgeri HRPB, Jabatan Neurosains USM, Jabatan Anesthesia HRPB, pakar, pegawai perubatan serta kumpulan sokongan yang terbabit atas kerjasama dan komitmen yang diberikan dalam menjayakan pembedahan ini.
“Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dan semoga kerjasama seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang dan memberi manfaat kepada lebih banyak pesakit yang memerlukan,” ujarnya.
Topic Berkaitan
#HRPB
#pembedahan pintasan arteri
#ECIC
#lumpuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan