JOHOR BAHRU: Gergasi teknologi China Huawei yakin dengan kemahiran yang dimiliki tenaga kerja muda Johor dan bersedia mengembangkan beberapa perniagaan lainnya di negeri ini.
Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata perkara berkenaan dimaklumkan oleh Huawei ketika delegasi Kerajaan Negeri Johor berkunjung ke syarikat berkenaan sempena lawatan kerja ke Zon Ekonomi Khas Shenzhen, China yang bermula dari 2-7 Mac.
"Kerajaan negeri turut senada dan bersedia berubah ke teknologi kecerdasan buatan (AI) yang tentunya bakal menarik minat syarikat AI lain untuk melabur di Johor," katanya dalam satu hantaran di laman Facebook beliau, pada Isnin.
Sementara itu Onn Hafiz berkata pewujudan Pusat Operasi Pintar (IOC) Huawei di Bandar Longgang telah merevolusikan kawasan itu menerusi pelaksanaan penyatuan data.
"IOC ini dilengkapi teknologi pengkomputeran awan, Internet Pelbagai Benda (IoT), jalur lebar ultra, instrumen analisis data raya dan teknologi AI," katanya.
Selain itu, katanya, pada 2022, Huawei dan TM Malaysia dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menandatangi Memorandum Persefahaman (MoU) bagi mewujudkan Makmal Kecerdasan Buatan (AI) Kebangsaan di Johor.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 05 2024
Delegasi Kerajaan Negeri Johor berkunjung ke syarikat Huawei sempena lawatan kerja ke Zon Ekonomi Khas Shenzhen, China yang bermula dari 2-7 Mac. - Foto FB Onn Hafiz
Putrajaya hargai usaha Syria jadi perantara rundingan damai
Malaysia telah menzahirkan penghargaan penting Qatar dalam usaha tanpa henti untuk menjadi perantara rundingan perdamaian antara Hamas dan Israel.
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, perkara itu telah disampaikan dalam pertemuan beliau dengan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Qatar, Sheikh Mohammed Abdulrahman Jassim Al-Thani dalam pertemuan mereka pada Ahad.
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, perkara itu telah disampaikan dalam pertemuan beliau dengan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Qatar, Sheikh Mohammed Abdulrahman Jassim Al-Thani dalam pertemuan mereka pada Ahad.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 12 Mei 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Panas! Didi Astillah spill the tea lagi - "Masa bersama isteri orang anak tiga dari Terengganu, itu apa pula?”
Susulan kemunculan, penyanyi Aliff Aziz menerusi temu bual bersama program Melodi pada Ahad, kini adik iparnya, Didi Astillah membuat pendedahan terbaharu yang mengejutkan.
Mahkamah Nepal perintah had permit mendaki Everest
Puncak Himalaya adalah lapan daripada 10 puncak tertinggi di dunia dan menerima ratusan pendaki setiap musim bunga, ketika suhu panas dan angin biasanya tenang.
Hospital khas Kuwait di Rafah mohon perlindungan antarabangsa
Hospital Khas Kuwait turut diduduki sebilangan besar delegasi perubatan dari Malaysia dan Indonesia.
Iraq-Syria tandatangani perjanjian, perangi puak pengganas
Kementerian Luar Iraq dan Syria tandatangani perjanjian keselamatan pada Ahad, antara lain merangkumi usaha memerangi dadah, mengawal sempadan antarabangsa, dan menghapuskan kumpulan pengganas.
Projek Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi diperluas kepada 14 kenderaan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memperluaskan projek Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) 2.0 Fasa Dua kepada 14 jenis kenderaan barangan mulai esok.
Bank Dunia ikrar sokongan kecemasan
Bank Dunia menyediakan bantuan kecemasan kepada Rio Grande do Sul, yang terjejas teruk akibat hujan dan banjir baru-baru ini, dengan angka kematian mencecah 136 orang.
Seorang lagi warga India ditangkap di Kanada
Polis Kanada telah menangkap seorang lagi warga India berhubung pembunuhan pemimpin Sikh Hardeep Singh Nijjar tahun lepas pada Sabtu.
Huawei akan beralih sepenuhnya kepada sistem operasi sendiri tahun ini
Dinamakan HarmonyOS Next, ia dibangunkan sepenuhnya dari awal, dan bebas daripada penggunaan sistem Android.
Asia Pasifik kini dalam era 'gemilang' transformasi digital - Huawei
Sabrina Meng berkata, rantau Asia Pasifik turut menjadi ikutan pihak lain yang giat berusaha meningkatkan ekonomi digital mereka.
Huawei, MCMC kerjasama perkasa pemimpin bagi mengemudi sempadan teknologi
Inisiatif itu bertujuan memperkasakan pemimpin merentas industri dan sektor awam dengan kemahiran dan pengetahuan penting mengenai transformasi digital.
Huawei yakin kemahiran dimiliki tenaga kerja muda Johor, sedia kembang perniagaan
Gergasi teknologi China Huawei yakin dengan kemahiran yang dimiliki tenaga kerja muda Johor dan bersedia mengembangkan beberapa perniagaan lainnya.
Huawei, MCMC jalin kerjasama bangun tenaga kerja dalam industri komunikasi dan multimedia
Huawei yakin pengalaman, kepakaran dan rangkaian mereka akan dapat menyokong objektif dan inisiatif MCMC.
HUAWEI perkenal era baharu segmen tablet dan komputer riba
Selepas kejayaan melancarkan beberapa variasi produk berteknologi tinggi, HUAWEI umum pelancaran dua produk terbaharu, HUAWEI MatePad Pro 13.2 dan MateBook D 16 2024.
5G kedua: Huawei juga perlu lalui proses tender terbuka seperti Ericsson
Proses tender terbuka untuk rangkaian kedua 5G dilaksanakan oleh Digital Nasional Berhad, seperti mana sewaktu dimenangi Ericsson dahulu.
[KOLUMNIS] Jangan kompromi soal keselamatan siber negara
Keputusan ini mungkin mempunyai kesan jangka panjang yang luas terhadap perkembangan teknologi dan hubungan geopolitik Malaysia.
[KOLUMNIS] 5G Kedua: Lima dalil mengapa Malaysia perlu berhati-hati dengan Huawei
Dengan pemilihan Huawei, timbul persoalan apakah ini adalah sebahagian daripada perjanjian yang lebih besar dengan China.
5G Kedua: PM lihat Huawei alternatif terbaik, mahu seimbangkan teknologi timur dan barat
Pertimbangan ke atas Huawei bukti Malaysia tidak terus bergantung harap kepada Amerika Syarikat atau dunia Barat untuk pembangunan teknologi.