KUALA LUMPUR: Hubungan diplomatik yang baik dan kukuh antara Malaysia dengan negara luar menyumbang kepada kejayaan Ops Sudan dalam membawa rakyat Malaysia yang terkandas di Khartoum, Sudan, keluar daripada negara yang sedang berkonflik itu, kata Penganalisis Keselamatan dan Politik Noor Nirwandy Mat Noordin.
Beliau berkata elemen Pengiktirafan Antarabangsa yang terkandung dalam sembilan Teras Dasar Keselamatan Negara 2021-2025 itu membuktikan operasi berkenaan berjalan baik dan mendapat kerjasama sepenuhnya dari negara luar.
"Pengiktirafan Antarabangsa dan kerjasama yang baik di antara ketua-ketua utama Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan bantuan daripada kerajaan Emiriah Arab Bersatu dan Arab Saudi, berjaya membawa keluar mereka dan ini merupakan satu contoh diplomasi yang baik," katanya ketika dihubungi Bernama pada Ahad.
Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Perang Saraf Media dan Informasi Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu berkata kejayaan Ops Sudan sudah semestinya menjadi kebanggaan rakyat Malaysia.
"Ini menunjukkan kemampuan negara dalam memastikan Dasar Keselamatan Negara diangkat sepenuhnya. Mekasnisme Diplomasi Awam, Pengiktirafan Antarabangsa, keselamatan rakyat dan kemampuan kedutaan patut dibanggakan," katanya.
Jumaat lepas operasi membawa pulang 30 rakyat Malaysia dari Sudan ketika negara itu dilanda konflik telah selesai, dengan kesemua mereka selamat tiba di tanah air setelah melalui perjalanan 30 jam menempuh jarak 1,233 kilometer dari Sudan.
Sementara itu Felo Penyelidik, Universiti Utara Malaysia - Teknologi Maklumat (UUM-ITS) merangkap Pensyarah Sains Politik, Pusat Pengajian Antarabangsa UUM Muhammad Afifi Abdul Razak berkata ini bukan kali pertama Malaysia menjalankan operasi seperti itu, dan krisis Rusia dan Ukraine pada tahun lepas merupakan pendekatan diplomasi Malaysia yang wajar dicontohi.
"Kejayaan Ops Sudan boleh dianggap sebagai penerus kejayaan yang terdahulu... dengan memiliki hubungan baik dengan negara-negara luar dan diperkasakan dengan Wisma Putra, diplomat di Sudan dan pegawai yang berkemahiran tinggi, ia dapat menjayakan Ops Sudan," katanya.
Beliau berkata Ops Sudan bukan sahaja berjaya menyelamatkan rakyat negara ini malah Malaysia turut membantu membawa beberapa rakyat negara lain dari Sudan antaranya Amerika Syarikat, Kemboja, Singapura, Filipina dan Thailand, keluar daripada negara berkonflik itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 30 2023
Hubungan diplomatik yang baik dan kukuh antara Malaysia dengan negara luar menyumbang kepada kejayaan Ops Sudan dalam membawa keluar rakyat Malaysia yang terkandas di Khartoum, Sudan. - Foto BERNAMA
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Pemandu Mercedez terbakar, juga suspek langgar lari motorsikal
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motorsikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
China, Malaysia perlu tingkatkan komunikasi, penyelarasan dalam pelbagai isu - Duta
China dan Malaysia perlu meningkatkan komunikasi dan penyelarasan dalam isu antarabangsa dan serantau dan menyokong satu sama lain dengan baik.
Kepelbagaian diplomatik Malaysia bentuk semula hala tuju strategik ASEAN - Penganalisis
Usaha kepelbagaian Malaysia seperti hubungannya dengan BRICS, menawarkan perspektif baharu untuk perancangan strategik ASEAN.
Presiden Peru Boluarte tegaskan hubungan diplomatik yang erat dengan Malaysia
Presiden Peru menekankan hubungan diplomatik yang kukuh antara Peru dan Malaysia pada Rabu, semasa pertemuan dengan Perdana Menteri Malaysia.
[KOLUMNIS] Abad Turkiye, hubungan lebih erat dengan Malaysia
Turkiye dan Malaysia, berkongsi hubungan dua hala yang berakar umbi, dengan sejarah persaudaraan sejak hubungan antara Empayar Uthmaniyyah dan Kepulauan Melayu pada abad ke-16.
Perdana Menteri Ethiopia, Abiy Ahmed adakan lawatan rasmi pertama ke Malaysia
Perdana Menteri Ethiopia, Abiy Ahmed Ali dijadual mengadakan lawatan rasmi pertama ke Malaysia dari Jumaat (25 Okt) hingga Sabtu (26 Okt).
Filipina dan Malaysia rai 60 tahun hubungan diplomatik
Acara dihadiri Setiausaha Hal Ehwal Luar Filipina Enrique Manalo dan Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan sebagai tetamu kehormat.
Malaysia secara rasmi jalin hubungan diplomatik dengan Andorra
Andorra ialah sebuah negara kecil yang tidak mempunyai akses laut, terletak di pergunungan Pyrenees antara Sepanyol dan Perancis.
Agong bertemu dua pemimpin tertinggi China hari ini
Sultan Ibrahim hari ini dijadualkan mengadakan pertemuan dengan dua pemimpin tertinggi China, iaitu Presiden Xi Jinping dan Premier Li Qiang.
China menantikan Lawatan Negara pertama Agong selepas 10 tahun - Duta
Selepas 10 tahun, Lawatan Negara Sultan Ibrahim ke China detik yang dinantikan kedua-dua negara yang menyambut ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik.
Arab Saudi tidak akan jalin hubungan dengan Israel tanpa Palestin - Putera Mahkota
Kerajaan Arab Saudi tidak akan berhenti daripada menubuhkan negara Palestin yang merdeka dengan Baitulmaqdis timur sebagai ibu kotanya.