Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata hubungan perdagangan dan pelaburan dua hala antara Malaysia dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) akan terus kukuh dalam tahun-tahun mendatang memandangkan sektor perniagaan di kedua-dua negara terus terlibat dalam perkongsian strategik termasuk sektor kewangan Islam yang pesat berkembang.
UAE terus menjadi rakan dagangan penting bagi Malaysia, berkedudukan ke-14 keseluruhan dan yang pertama dalam kalangan rakan dagangan Majlis Kerjasama Teluk (GCC) kami, kata Najib pada rundingan meja bulat dengan pelabur UAE di sini pada Rabu.
Beliau berkata hubungan perdagangan dua hala antara Malaysia dan UAE pada 2013 bernilai US$8.81 bilion, peningkatan 11.7 peratus, dengan nilai eksport keseluruhan meningkat kepada US$4.02 bilion dan import mencecah US$4.78 bilion.
Najib yang juga Menteri Kewangan, berkata UAE merupakan pelabur GCC kedua terbesar dalam sektor pembuatan Malaysia, mencipta lebih 3,400 pekerjaan.
Para pelabur UAE paling menonjol dalam sektor perkhidmatan, daripada National Bank of Abu Dhabi dalam perkhidmatan kewangan kepada Jacob Fleming dalam sektor perkhidmatan perkongsian dan penyumberan luar, katanya.
"Syarikat multinasional Emiriyah melakukan pelaburan besar di Malaysia yang memberi faedah kepada ekonomi kedua-dua negara. Malaysia bangga menjadi tuan rumah kepada beberapa projek penting serta pelbagai pejabat perwakilan dan serantau UAE.
"Kami juga gembira melihat firma Malaysia memainkan peranan mereka dalam kemajuan menakjubkan UAE," kata Najib.
Beliau berkata ada 50 syarikat Malaysia beroperasi di UAE meliputi bidang logistik sehingga rekaan dalaman serta pelbagai projek pembinaan bernilai hampir US$5 bilion.
Mesyuarat meja bulat itu yang dianjur oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) diadakan bersempena Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF) ke-10.
Turut hadir pada rundingan itu ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Penasihat di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Jamaluddin Mohd Jarjis.
Hadir sama Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek; Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed NAzri Abdul Aziz; dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim.
Najib yang juga Penaung Yayasan WIEF berada di sini untuk lawatan kerja tiga hari yang dijadual berakhir pada Khamis.
Bernama
Wed Oct 29 2014
Hubungan perdagangan dua hala antara Malaysia dan UAE pada 2013 bernilai US$8.81 bilion, peningkatan 11.7 peratus. -Gambar fail
AWANI 7:45 [15/12/2024] – Perbincangan awal | Termasuk lompat dalam parti kerajaan | Jangan sampai berantakan | Bermula Januari 2025
Presiden PKR sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR.
Spekulasi Tengkul Zafrul masuk PKR, UMNO tolak ahli lompat parti.
Jangan luah tak puas hati di media sosial, cakap depan-depan, kata Zahid Hamidi.
Elaun PLKN kekal RM8 sehari.
Spekulasi Tengkul Zafrul masuk PKR, UMNO tolak ahli lompat parti.
Jangan luah tak puas hati di media sosial, cakap depan-depan, kata Zahid Hamidi.
Elaun PLKN kekal RM8 sehari.
Izzuddin-Sze Fei naib juara jelajah dunia akhir BWF 2024
Beregu lelaki profesional negara, Nur Izzuddin Rumsani - Goh Sze Fei terlepas bergelar juara jelajah dunia akhir bwf 2024 selepas tewas di tangan pasangan denmark, Kim Astrup - Anders Skaarup Rasmussen di Hangzhou, China.
Selaku naib juara, mereka membawa pulang habuan 100,000 dolar Amerika iaitu sekitar RM445,000 selepas bertarung tiga set dengan 21-17, 17-21, 21-11.
Selaku naib juara, mereka membawa pulang habuan 100,000 dolar Amerika iaitu sekitar RM445,000 selepas bertarung tiga set dengan 21-17, 17-21, 21-11.
AWANI Global: Konflik Asia Barat | Gencatan Senjata Israel-Hizbullah
Diskusi dan analisis mengenai gencatan senjata Israel - Hizbullah yang dikatakan rapuh akibat beberapa perlanggaran serangan Israel ke atas Lubnan dalam AWANI Global 9 malam ini.
Zii Jia alami kecederaan ligamen buku lali kanan
Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia disahkan mengalami kecederaan ligamen buku lali kanan.
Gunung Semeru di Jawa Timur, Indonesia, meletus
Gunung Semeru, yang terletak di Wilayah Jawa Timur, Indonesia meletus pada Ahad, memaksa Pusat Kajian Gunung Berapi dan Mitigasi Bencana Geologi republik itu mengeluarkan amaran penerbangan.
Parti pemerintah Korea Selatan tolak cadangan badan perundingan oleh pembangkang
"Parti Kuasa Rakyat masih menjadi parti pemerintah, dan pemangku presiden telah dilantik mengikut Perlembagaan."
Pengusaha feri Langkawi batal kenaikan tambang selepas kerajaan campur tangan
Kerajaan ambil langkah segera untuk campur tangan dengan mengarahkan agar keputusan tersebut ditarik balik serta-merta.
190 spesies burung direkodkan di Taiping sejak 2017
Lebih 90 peratus yang direkodkan terdiri dalam kalangan burung tempatan manakala bakinya adalah daripada spesies burung migrasi.
Modul pemulihan akidah pengikut GISB telah siap
Modul silibus bagi pemulihan akidah pengikut GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) yang dibangunkan oleh jawatankuasa khas telah disiapkan.
[INFOGRAFIK] PLKN 3.0 bermula pada 2025
PLKN 3.0 bermula pada 2025
WIEF ke-14 di Abu Dhabi beri tumpuan kepada masa depan mampan
Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF) edisi ke-14, yang akan berlangsung tiga hari dari 6 hingga 8 Februari 2024.
Jokowi lawat Kuching bulan depan
Presiden Indonesia Joko Widodo atau Jokowi dijadual berada di bandaraya Kuching selama dua hari bermula 21 hingga 22 November depan.
WIEF jadi platform pupuk perkongsian kukuh di kalangan negara Islam
WIEF2015 telah berkembang sebagai platform untuk memupuk perkongsian yang lebih kukuh di kalangan negara Islam di samping komuniti antarabangsa yang meluas titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah.
'Tidak komen mengenai UMNO, bukan makna saya takut' - Musa Hitam
Bekas Timbalan Presiden UMNO, Tun Musa Hitam menegaskan beliau tidak pernah takut untuk memberi komen mengenai isu membabitkan parti itu.
Satu mata wang untuk negara-negara Islam tidak relevan - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan pendekatan satu mata wang untuk negara-negara Islam tidak sesuai dilaksanakan buat masa sekarang.
Malaysia, UAE raih manfaat melalui kerjasama dalam kewangan Islam - Najib
Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu akan mendapat manfaat daripada kerjasama yang lebih erat dalam kewangan Islam.
Hubungan perdagangan dua hala M'sia-UAE terus kukuh - Najib
Perdana Menteri berkata hubungan perdagangan dan pelaburan dua hala antara Malaysia dan Emiriyah Arab Bersatu akan terus kukuh.
Najib ketuai delegasi Malaysia ke WIEF ke-10 di Dubai
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengetuai delegasi Malaysia ke Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF) ke-10 di Dubai.