Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengetuai delegasi Malaysia ke Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF) ke-10 di Dubai, Emiriah Arab Bersatu dari 28 hingga 30 Okt ini.
Wisma Putra dalam satu kenyataan di sini hari ini, berkata Najib yang juga Menteri Kewangan akan ditemani isteri Datin Seri Rosmah Mansor.
Antara anggota delegasi Malaysia ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed. Turut serta Ketua Setiausaha Kementerian Luar Datuk Othman Hashim dan pegawai kanan pelbagai kementerian serta agensi.
Selaku Penaung Yayasan WIEF, Najib juga akan menyampaikan ucapan khas semasa perasmian sesi pada 28 Okt.
Perdana Menteri juga dijangka mengadakan mesyuarat dua hala dengan rakan sejawatannya bagi membincangkan isu-isu dua hala, serantau dan antarabangsa yang ada kepentingan bersama.
Menurut kenyataan itu, Najib dijadual menghadiri mesyuarat meja bulat dengan pelabur berpotensi selain melancarkan Festival Agromakanan Malaysia.
Beliau juga dijangka menyaksikan pertukaran beberapa memorandum persefahaman (MoU) dan perjanjian antara syarikat tempatan dan antarabangsa.
Bertemakan 'Perkongsian Inovatif untuk Pertumbuhan Ekonomi', WIEF ke-10 akan membincangkan konsep perkongsian inovatif dan bagaimana perkongsian ini dapat membantu pertumbuhan ekonomi negara dan masyarakat Islam selain pasaran ekonomi global.
Forum juga akan menyediakan platform untuk peserta mengumpul idea terutama dalam melaksana perkongsian inovatif dan menyediakan peluang untuk kerjasama pada masa depan dalam pelbagai sektor.
Lebih daripada 2,500 peserta dijangka menghadiri forum tahun ini.
Bernama
Sun Oct 26 2014
Najib dijadual menghadiri mesyuarat meja bulat dengan pelabur berpotensi selain melancarkan Festival Agromakanan Malaysia.
[LAPOR LANGSUNG] Gencatan senjata di Gaza bermula
Gencatan senjata di Gaza antara Israel dan Hamas bermula 11.15 pagi waktu tempatan pada Ahad.
Gencatan senjata di Gaza bermula, tiga tebusan Israel dibebaskan
Gencatan senjata di Gaza antara Israel dan Hamas bermula 11.15 pagi waktu tempatan pada Ahad.
Kerajaan MADANI 'buta warna' laksana program kepada rakyat - TPM Ahmad Zahid
Kerajaan MADANI 'buta warna' dalam melaksanakan program-program untuk memenuhi keperluan rakyat secara sama rata, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Kes tipu umrah: Suami isteri akan ditahan semula polis Johor
Pasangan suami isteri yang juga pemilik syarikat pelancongan kontroversi kerana didakwa gagal menerbangkan jemaah akan ditangkap semula untuk siasatan kes tipu di Johor.
Kod Tatalaku masih di peringkat awal
Kod Tatalaku Laut China Selatan, inisiatif yang bermatlamat menyelesaikan pertikaian sempadan di lautan tersebut, masih dalam perbincangan di peringkat awal.
Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, masih banyak perkara teknikal yang perlu diperhalusi, termasuk mekanisme pelaksanaan dan tahap komitmen semua pihak yang terlibat.
Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, masih banyak perkara teknikal yang perlu diperhalusi, termasuk mekanisme pelaksanaan dan tahap komitmen semua pihak yang terlibat.
Insiden 'nakal' ke atas Arif Aiman, Theerathon Bunmathan terima hukuman berat AFC
Kapten Buriram United, Theerathon Bunmathan, menerima hukuman berat daripada AFC berikutan kekasaran ke atas pemain sayap JDT, Arif Aiman Hanapi.
Usah perbesar isu sandwic ham & cheese - TPM
Kerajaan berharap isu penjualan makanan sandwic berlabel 'Ham And Cheese' di premis runcit di Universiti Malaya (UM) tidak lagi diperbesarkan.
Umrah: MOTAC bantu jemaah terkandas
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya sedia memainkan peranan sebagai pemudah cara bagi membantu isu jemaah terkandas berikutan syarikat pengendali umrah menunda penerbangan mereka ke tanah suci Mekah.
Gencatan senjata: Hamas umum nama 3 tawanan Israel yang akan dibebaskan
Kumpulan Palestin Hamas mengumumkan nama tiga tawanan wanita Israel yang akan dibebaskan pada Ahad di bawah perjanjian gencatan senjata dan pertukaran tahanan di Gaza.
MILO rai 75 tahun legasi bersama lebih 35,000 rakyat Malaysia
Hari Sarapan Malaysia MILO 2025 menyaksikan kehadiran lebih 35,000 rakyat Malaysia di Putrajaya bagi meraikan ulang tahun ke-75 jenama ikonik ini di negara ini.
WIEF ke-14 di Abu Dhabi beri tumpuan kepada masa depan mampan
Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF) edisi ke-14, yang akan berlangsung tiga hari dari 6 hingga 8 Februari 2024.
Jokowi lawat Kuching bulan depan
Presiden Indonesia Joko Widodo atau Jokowi dijadual berada di bandaraya Kuching selama dua hari bermula 21 hingga 22 November depan.
WIEF jadi platform pupuk perkongsian kukuh di kalangan negara Islam
WIEF2015 telah berkembang sebagai platform untuk memupuk perkongsian yang lebih kukuh di kalangan negara Islam di samping komuniti antarabangsa yang meluas titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah.
'Tidak komen mengenai UMNO, bukan makna saya takut' - Musa Hitam
Bekas Timbalan Presiden UMNO, Tun Musa Hitam menegaskan beliau tidak pernah takut untuk memberi komen mengenai isu membabitkan parti itu.
Satu mata wang untuk negara-negara Islam tidak relevan - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan pendekatan satu mata wang untuk negara-negara Islam tidak sesuai dilaksanakan buat masa sekarang.
Malaysia, UAE raih manfaat melalui kerjasama dalam kewangan Islam - Najib
Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu akan mendapat manfaat daripada kerjasama yang lebih erat dalam kewangan Islam.
Hubungan perdagangan dua hala M'sia-UAE terus kukuh - Najib
Perdana Menteri berkata hubungan perdagangan dan pelaburan dua hala antara Malaysia dan Emiriyah Arab Bersatu akan terus kukuh.
Najib ketuai delegasi Malaysia ke WIEF ke-10 di Dubai
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengetuai delegasi Malaysia ke Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF) ke-10 di Dubai.