awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MOTAC cadang MAHB cari kaedah pastikan harga barangan, makanan di lapangan terbang berpatutan
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan pengambilan untung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hujan berterusan di Sabah dan Sarawak hingga esok

Bernama
Bernama
04/02/2025
02:20 MYT
Hujan berterusan di Sabah dan Sarawak hingga esok
Amaran hujan berterusan tahap waspada bagi Sabah melibatkan bahagian Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Kinabatangan) dan Kudat.
KUALA LUMPUR: Hujan berterusan tahap buruk dijangka berlaku di beberapa daerah di bahagian Sandakan, Sabah hingga esok, menurut Jabatan Meteorologi (MetMalaysia)
MetMalaysia menerusi kemas kini amaran yang dikeluarkan pada 5.45 pagi ini memaklumkan daerah yang dijangka terlibat ialah Telupid, Beluran dan Sandakan.
Selain itu, MetMalaysia juga mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di Sarawak meliputi Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah.
Amaran hujan berterusan tahap waspada bagi Sabah pula melibatkan bahagian Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Kinabatangan) serta Kudat.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini menerusi laman web rasmi MetMalaysia, aplikasi mobil myCuaca dan laman media sosial rasmi jabatan itu selain menghubungi hotline MET Malaysia 1-300-22-1638 bagi sebarang maklumat lanjut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sabah dan Sarawak
#hujan
#hujan berterusan
#hujan berterusan tahap buruk
#hujan berterusan tahap waspada
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan