awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tidak dapat KM dari PBT, projek ladang babi di Jalong diarah henti serta-merta - Exco
Perhimpunan agung pertama GPS dijadual 19 April
Lagi gempa bumi di Indonesia, berukuran 5.9 magnitud di kepulauan Tanimbar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Labuan, timur Semenanjung hingga 23 Mac

Bernama
Bernama
17/03/2025
08:50 MYT
Hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Labuan, timur Semenanjung hingga 23 Mac
Analisis model ramalan cuaca terkini menunjukkan luruan monsun dijangka berterusan yang berpotensi menyebabkan hujan dan angin kencang serta laut bergelora di Laut China Selatan. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Sarawak, Sabah, Labuan dan timur Semenanjung berpotensi menghadapi fenomena hujan berterusan hingga 23 Mac ini.
Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Mohd Hisham Mohd Anip berkata analisis model ramalan cuaca terkini menunjukkan luruan monsun dijangka berterusan hingga tarikh berkenaan yang berpotensi menyebabkan hujan dan angin kencang serta laut bergelora di Laut China Selatan.
"Sehubungan itu, MetMalaysia telah mengeluarkan amaran hujan berterusan (waspada) yang melibatkan Sarawak berkuat kuasa pada 18 hingga 20 Mac, serta amaran angin kencang dan laut bergelora bagi perairan Laut China Selatan berkuat kuasa pada 18 hingga 21 Mac," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau turut menasihati orang awam untuk sentiasa merujuk laman sesawang www.met.gov.my dan media sosial rasmi MetMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ramalan cuaca
#MetMalaysia
#hujan lebat
#Sabah dan Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan