Skip to main content

Malaysia

Hujan berterusan dijangka landa Johor sepanjang hari ini

81734769959_TBhujan.jpg
KUALA LUMPUR: Hujan berterusan dijangka melanda enam daerah di Johor sepanjang hari ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Berdasarkan amaran tahap waspada yang dikeluarkan pada 8.30 pagi ini, kawasan terlibat ialah Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Orang ramai dinasihatkan mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi MetMalaysia, aplikasi mobil myCuaca dan laman media sosial rasmi jabatan berkenaan.

Talian hotline MetMalaysia 1-300-22-1638 juga boleh dihubungi bagi sebarang pertanyaan lanjut.

-- BERNAMA

Advertisement

Must Watch Video