awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah N.Sembilan RM7.50, RM12 dan RM20 - MAINS
JBPM beku 80 peratus cuti pegawai, anggota pastikan kesiapsiagaan di tahap tinggi
PM Anwar mahu pelaksanaan agenda digital, AI negara dipercepat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hujan diramal berlaku di timur Semenanjung, barat Sarawak hingga Khamis ini

Bernama
Bernama
10/12/2023
10:43 MYT
Hujan diramal berlaku di timur Semenanjung, barat Sarawak hingga Khamis ini
MetMalaysia memaklumkan di negeri-negeri lain, ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang berpotensi berlaku pada sebelah petang hingga malam. - Gambar hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Penumpuan angin dijangka berlaku di kawasan timur Semenanjung dan barat Sarawak sehingga Khamis ini, yang boleh meningkatkan kelembapan dan berpotensi membawa hujan di kawasan pesisiran pantai Terengganu, Pahang dan Johor terutamanya pada sebelah pagi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan, di barat Sarawak, hujan dijangka berlaku pada lewat petang hingga malam serta berpotensi berlanjutan sehingga awal pagi.
MetMalaysia memaklumkan di negeri-negeri lain, ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang berpotensi berlaku pada sebelah petang hingga malam.
MetMalaysia menasihatkan orang ramai untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MetMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#hujan
#timur semenanjung
#barat Sarawak
#MetMalaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan