awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
ONSA perkukuh keselamatan pengguna, platform digital - KPN
ONSA pastikan internet lebih selamat untuk kanak-kanak dan keluarga - MCMC
Gereja bersejarah Vondelkerk musnah dalam kebakaran malam Tahun Baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hujan lebat, beberapa kawasan di Seberang Perai dilanda banjir kilat

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
03/02/2023
13:14 MYT
Hujan lebat, beberapa kawasan di Seberang Perai dilanda banjir kilat
Menurut kenyataan dikeluarkan oleh Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang hari ini, beberapa buah rumah telah ditenggelami air dengan paras dua kaki dan juga berlaku limpahan air di jalan raya. - Foto JBPM
SEBERANG PERAI: Hujan lebat berterusan sejak jam 4 petang di Pulau Pinang menyebabkan beberapa kawasan di Seberang Perai dilanda banjir kilat.
Antara kawasan yang dinaiki air ialah Jalan Sungai Baong, Jalan Sungai Duri, Relau dan Sungai Bakap dalam daerah Seberang Perai Selatan (SPS) serta Bertam, di Seberang Perai Utara (SPU).
Menurut kenyataan dikeluarkan oleh Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang hari ini, beberapa buah rumah telah ditenggelami air dengan paras dua kaki dan juga berlaku limpahan air di jalan raya.
Menurut kenyataan tersebut, tindakan pemantauan banjir di kawasan terlibat sedang dilakukan dan keadaan di lokasi dalam keadaan terkawal.
Tiada mangsa yang dipindahkan serta pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka setakat ini.
Mengikut laman web Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), ribut petir dan hujan dijangka berlaku pada petang hingga malam di beberapa negeri termasuk di Pulau Pinang.
Topic Berkaitan
#hujan lebat
#banjir kilat
#Seberang Perai
#Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan