awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hujan lebat berterusan tahap bahaya di Terengganu, Pahang hingga Jumaat ini

Bernama
Bernama
26/11/2024
07:45 MYT
Hujan lebat berterusan tahap bahaya di Terengganu, Pahang hingga Jumaat ini
Amaran hujan lebat melibatkan kawasan Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman di Terengganu manakala Pahang melibatkan Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin. - Gambar hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap bahaya dijangka berlaku di beberapa kawasan di Terengganu dan Pahang hingga Jumaat ini.
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan ia melibatkan kawasan Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman di Terengganu manakala Pahang melibatkan Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin.
Amaran itu turut dikeluarkan bagi Kedah meliputi Padang Terap, Sik dan Baling, Perak (Hulu Perak), Kelantan, Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu), Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Temerloh dan Bera) serta Mersing, Johor.
MetMalaysia turut mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada hingga Jumaat ini yang dijangka berlaku di Perlis, Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu) serta Pulau Pinang.
Amaran hujan berterusan tahap waspada turut dijangka berlaku di Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta dan Kampar), Pahang (Raub dan Bentong), Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru) serta Sabah melibatkan Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan) dan Kudat.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini di laman web rasmi jabatan, aplikasi mobil myCuaca dan laman media sosial rasmi jabatan atau menghubungi MetMalaysia di talian 1-300-22-1638 bagi sebarang pertanyaan lanjut.
-- BERNAMA
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Amaran Hujan Lebat Berterusan
#MetMalaysia
#monsun timur laut
#terengganu
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan