KUALA LUMPUR:Hujan lebat yang menyebabkan banjir kilat di beberapa kawasan di Sabah dijangka berterusan sekurang-kurangnya sehingga esok.
Jabatan Meterologi Malaysia (MET Malaysia) dalam satu kenyataan melanjutkan amaran cuaca buruk dan waspada yang dikeluarkan pada 4 Oktober 2020 untuk lokasi-lokasi tertentu.
Amaran cuaca buruk (jingga) kini berkuat kuasa mulai hari ini hingga Selasa di bahagian pantai barat dan bahagian pedalaman melibatkan Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan.
Manakala amaran cuaca waspada (kuning) berkuat kuasa mulai hari ini hingga Selasa di bahagian Kudat dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Dalam masa sama, MET Malaysia turut mengeluarkan amaran cuaca waspada (kuning) dari 7 Oktober sehingga 9 Oktober untuk Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.
Ketika tempoh amaran cuaca ini berkuat kuasa, angin kencang berkelajuan 40-50 km/jam dengan ombak mencapai 3.5 meter dijangka direkodkan di kawasan-kawasan tersebut.
Kejadian itu boleh menyebabkan risiko limpahan air laut di pesisir pantai dan muara sungai kawasan terbabit.
Kenyataan Media
Mon Oct 05 2020

Hujan lebat yang menyebabkan banjir kilat di beberapa kawasan di Sabah dijangka berterusan sekurang-kurangnya sehingga esok. -Astro AWANI

Komuniti | Kecekalan ibu tunggal bernama Norlela
Pepatah Melayu ada mengatakan, sudah jatuh ditimpa tangga. Ini derita yang harus ditanggung seorang ibu tunggal, Norlela Bujang, 50 tahun. Norlela yang kini tinggal bersama-sama anaknya, yang berusia 10 tahun, bukan sahaja tidak bekerja tetap, malah semakin hilang upaya akibat sakit kencing manis yang dialaminya sejak 12 tahun lalu. Sakit itu menyebabkannya tidak mampu bergerak bebas, apatah lagi setelah telapak kakinya dipotong dua tahun lalu.

Hari Wanita 2021 | Sahut cabaran kerjaya didominasi lelaki
Prinsip itu menjadi pegangan Pegawai Bomba Dan Penyelamat Tabuan Jaya Samantha Echa Sigat. Bagi wanita berusia 33 tahun itu, jantina bukan penghalang untuk berjaya terutama dalam bidang yang didominasi kaum lelaki. Meskipun menyedari tugasan yang digalas bukanlah mudah tetapi ia dijadikan pembakar semangat untuk dirinya.

Djokovic atasi rekod Federer sebagai pemain nombor satu paling lama
Dengan Federer sudah menjangkau usia 40 tahun dan Nadal tua setahun daripadanya, pemain berusia 33 tahun itu masih mempunyai masa untuk mencipta lebih banyak sejarah.

Polis keluar 5 saman trafik terhadap pelajar hina guru, pemilik motosikal
Polis sudah menerima laporan berhubung tindakan pelajar berkenaan dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

Lelaki terjun bangunan, 4 direman dalam operasi AADK
10 individu yang ditahan dalam operasi AADK didapati positif dadah pelbagai jenis.

Kes wanita mati dijerut: Polis tahan suspek berusia 57 tahun
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat berkata suspek ditahan malam tadi bagi membantu siasatan.

Penunggang motosikal berpaut pada pintu lori selepas dilanggar, isteri maut
Penunggang motosikal berpaut pada pintu lori sejauh 11 kilometer selepas dilanggar oleh lori berkenaan.

166,363 terima suntikan vaksin, Sarawak rekod jumlah paling tinggi - Dr Noor Hisham
Dr Noor Hisham berkata, daripada jumlah itu, Sarawak kekal merekodkan jumlah paling tinggi iaitu seramai 25,271 individu.

'Tidak elok pemimpin UMNO lepas geram di media sosial' - Syed Ali
Pemimpin UMNO disaran tidak menggunakan platform media sosial sebagai medium untuk melepaskan geram dan menyerang kepimpinan parti secara terbuka terutamanya melibatkan institusi presiden.

Wanita dibelasah suami hanya kerana minta bayar yuran sekolah anak
Mangsa berusia 39 tahun itu dilapor dipukul dengan kerusi dan rak perkakas dapur.

Dua remaja dimasukkan ke hospital Labuan selepas disengat obor-obor
Kedua-dua mangsa sedang berkelah bersama keluarga mereka di pantai sebelum insiden itu berlaku pada 11 pagi.

Sabah perlu tingkat capaian Internet untuk tarik pelancong, pelabur antarabangsa
Sabah perlu memastikan negeri itu mempunyai kemudahan Internet yang baik yang diperlukan golongan pelancong serta pelabur.

Sembilan kawasan di Semenanjung rekod gelombang haba tahap kuning - MetMalaysia
Kawasan berkenaan ialah Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Sepang, Tampin, Alor Gajah, Melaka Tengah, Jasin, Tangkak dan Batu Pahat.

Kerjasama Bersatu-UMNO di Sabah tidak tergugat - Hajiji
Datuk Seri Hajiji Noor menyifatkan kerjasama utuh antara parti itu dengan UMNO Sabah tidak tergugat dengan senario politik semasa di Semenanjung.

Sabah tumpu aspek keselamatan tingkat industri pelancongan
Datuk Jafry Arrifin, berkata perkara tersebut penting bagi memberi keyakinan kepada para pelancong.

Veteran politik Abdul Ghani Gilong meninggal dunia
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada pukul 12.12 tengah malam akibat sakit tua.

'UMNO Sabah ada autonomi, kami akan bekerjasama dengan Bersatu' - Bung Moktar
Bung Moktar berkata, UMNO Sabah tetap akan bekerjasama dengan Bersatu menerusi GRS yang ditubuhkan sebelum ini.

Usah pertikai keikhlasan kerjasama Bersatu-UMNO di Sabah - Ketua Armada Bersatu Sabah
Jelas Fairuz, kenyataan yang diluahkan Abdul Aziz dalam statusnya di Facebook itu adalah bersifat 'lancang' dan 'busuk'.

Pembinaan Pan Borneo Sarawak siap 60 peratus, Sabah 45 peratus - Fadillah
Projek Lebuh Raya Pan Borneo,menunjukkan kemajuan positif apabila mencapai kemajuan 60 peratus di Sarawak dan 45 peratus di Sabah

Individu masuk ke Sabah, Sarawak, Labuan perlu jalani ujian swab
Hanya individu yang tidak bergejala serta keputusan ujian swab negatif sahaja dibenarkan memasuki negeri tersebut.