awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hujan lebat dua jam, 10 lokasi di Cameron Highlands alami tanah runtuh

Astro Awani
Astro Awani
22/11/2021
12:02 MYT
Hujan lebat dua jam, 10 lokasi di Cameron Highlands alami tanah runtuh
Hujan lebat yang berlarutan hampir dua jam sejak jam 11 pagi telah mengakibatkan kejadian tanah runtuh dan pokok tumbang di 10 lokasi di dalam daerah Cameron Highlands. - Foto ihsan JBPM & APM
CAMERON HIGHLANDS: Hujan lebat yang berlarutan hampir dua jam sejak jam 11 pagi telah mengakibatkan kejadian tanah runtuh dan pokok tumbang di 10 lokasi di dalam daerah Cameron Highlands yang menghalang laluan kenderaan setakat jam 7.40 petang tadi.
Di salah satu kawasan berhampiran Smoke House Hotel, kejadian turut menyebabkan pokok tumbang dan menghempap sebuah kenderaan SUV dengan empat orang penumpang lelaki dewasa.
Menurut kenyataan polis, dua orang mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba ke lokasi.
Kedua-dua mangsa berkenaan tidak mengalami kecederaan.
Sebuah kenderaan SUV dihempap pokok susulan kejadian tanah runtuh. - Foto ihsan JBPM & APM
Sebuah kenderaan SUV dihempap pokok susulan kejadian tanah runtuh. - Foto ihsan JBPM & APM
Sementara itu, dua lagi mangsa berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba dan dibawa ke hospital Sultanah Hajah Khalsom.
Salah seorang daripadanya mangsa dilaporkan mengalami kecederaan akibat tersepit di dalam kenderaan.
Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Pahang, antara lokasi kejadian tanah runtuh dan pokok tumbang itu adalah, berhampiran Big Red Strawberry, berhampiran Strawberry Park, berhampiran Smoke House Hotel, laluan ke Boh Sungai Palas, Laluan ke Water Crest, laluan ke Rose Valley, Taman MCA Ringlet, Taman Pelangi, Ringlet, Batu 20, Jalan Tapah, belakang Pasar Tanah Rata.
Kerja-kerja pembersihan masih berjalan dan semua jalan utama telah dibuka kecuali di Batu 20 Ringlet-Tapah yang masih ditutup sementara.
Topic Berkaitan
#tanah runtuh
#Cameron Highlands
#hujan lebat
#Pokok tumbang
#Pahang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan