awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SAR lelaki hilang ketika memancing dihentikan
COP30: TNB pengupaya utama pacu kerjasama tenaga menerusi Grid Kuasa ASEAN
Malaysia raih pelaburan digital diluluskan RM54.13 bilion pada suku ketiga 2025 - MDEC
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hujan lebat lebih dua jam, Bandar Baharu dilanda banjir kilat

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
03/02/2023
11:10 MYT
Hujan lebat lebih dua jam, Bandar Baharu dilanda banjir kilat
Hujan yang bermula jam 3 petang itu turut mengakibatkan empat buah kampung terjejas.- Foto APM
BANDAR BAHARU: Hujan lebat lebih dua jam mengakibatkan lima belas buah rumah dimasuki air selain beberapa kawasan terjejas akibat banjir kilat di daerah Bandar Baharu, di sini hari ini.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Bandar Baharu, Lt (PA) Abdul Rahim Khairuddin berkata, hujan yang bermula jam 3 petang itu turut mengakibatkan empat buah kampung terjejas iaitu Kampung Paya Semambung, Kampung Kilang Batu, Kampung Tengah dan Kampung Balai Lama.
Antara kapung terjejas ialah Kampung Paya Semambung, Kampung Kilang Batu, Kampung Tengah dan Kampung Balai Lama. - Foto APM
Antara kampung terjejas ialah Kampung Paya Semambung, Kampung Kilang Batu, Kampung Tengah dan Kampung Balai Lama. - Foto APM
“Anggota APM telah melakukan pemantauan mendapati paras air Sungai di Kampung Tengah berada dalam keadaan waspada serta air sungai bergerak dalam keadaan laju.
“Aliran air deras juga turut mengakibatkan jalan perhubungan di Mukim Relau terputus tidak dapat dilalui kenderaan ringan.
“Anggota turut membantu mangsa mengalihkan barangan ke tempat selamat selepas air deras memasuki rumah penduduk,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Bandar Baharu menghulurkan bantuan kepada penduduk yang memerlukan selepas air naik mendadak. - Foto APM
Anggota Angkatan Pertahanan Awam Daerah Bandar Baharu menghulurkan bantuan buat penduduk yang memerlukan selepas air naik mendadak - Foto APM
Bagaimanapun menurut Abdul Rahim, tiada Pusat Pemindahan Sementara (PPS) diaktifkan buat masa ini.
Justeru beliau menasihati penduduk supaya menyimpan dokumen penting untuk dibawa sekiranya arahan untuk berpindah dikeluarkan berikutan paras air semakin meningkat.
Topic Berkaitan
#banjir kilat
#Bandar Baharu
#hujan lebat
#banjir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan