KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan sangat lebat berterusan tahap bahaya yang dijangka berlaku di beberapa daerah di Kelantan dan Terengganu hingga esok (Sabtu).
MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan daerah terlibat di Kelantan ialah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.
"Di Terengganu melibatkan daerah Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang," menurut kenyataan itu.
MetMalaysia turut menjangkakan berlaku hujan lebat berterusan tahap buruk hingga esok membabitkan Perak (Hulu Perak), Kelantan (Gua Musang), Terengganu (Dungun dan Kemaman) dan Pahang (Jerantut dan Kuantan).
MetMalaysia juga mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada hingga esok membabitkan kawasan Kerian, Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah dan Kampar di Perak; manakala di Pahang melibatkan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Maran, Pekan dan Rompin.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 09 2022

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan sangat lebat berterusan tahap bahaya yang dijangka berlaku di beberapa daerah di Kelantan dan Terengganu hingga esok (Sabtu). - Foto BERNAMA

Thaipusam | Sambutan Thaipusam meriah
Bersama Raja Hisyam Raja Zaid di Batu Caves.

Salahuddin Ayub alu-alukan pembentukan 'Kabinet Bayangan'
Salahuddin berkata, pengalaman beliau sebagai bekas Ahli Parlimen Pembangkang memberi gambaran tentang keperluan 'Kabinet Bayangan'.

Diserang Jerung | Remaja perempuan maut akibat kecederaan parah
Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun maut selepas diserang seekor jerung ketika berenang di sungai di Australia Barat. Mangsa berasal dari Perth cedera parah apabila spesies jerung yang tidak diketahui menyerangnya di Sungai Swan di Fremantle, Perth.

'Saya akan teruskan perkhidmatan di Tambun walau ada kekangan' - Ahmad Faizal
Walaupun tewas pada PRU15 lalu, Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu memberi jaminan bahawa beliau tidak akan meninggalkan parlimen Tambun.

Anjing liar mengganas, serang ternakan penduduk
Kumpulan anjing liar itu didapati hanya membunuh biri-biri berkenaan tanpa memakannya.

Sultan Johor meriahkan sambutan Thaipusam
Perayaan Thaipusam edisi ini disambut meriah di Johor Bahru dengan ribuan penganut Hindu mula dilihat berhimpun dan membanjiri beberapa buah kuil di sekitar daerah itu, sejak 11 pagi Ahad.

Kebakaran Hutan | Korban cecah 30 orang
Angka korban ekoran kebakaran hutan di Chile kini mencecah hampir 30 orang. Keadaan yang bertambah buruk memaksa negara itu meminta bantuan antarabangsa untuk mengawal puluhan siri kebakaran yang memusnahkan hampir 40,000 hektar kawasan hutan. Menteri Dalam Negeri Carolina Toha berkata mereka meminta sokongan diminta dari negara jiran seperti Brazil, Argentina, dan Uruguay.

AWANI Ringkas: Infrastruktur khas salur air mentah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Selisih faham cetus pertengkaran, majikan maut dipukul tukang masak
Mangsa lelaki warga emas berusia 68 tahun itu rebah selepas ditumbuk dan dipukul menggunakan kayu oleh suspek yang berusia 55 tahun.

Belon dikategorikan 'known conventional weapon', ancaman keselamatan
Ia merujuk kepada apa sahaja yang nampak seperti biasa tetapi boleh menjadi teknologi ketenteraan.

Hujan lebat, paras Sungai Lebir lepasi paras bahaya
Susulan hujan lebat semalam, paras air di Sungai Lebir dekat Kuala Krai didapati melebihi paras bahaya iaitu 35.72 meter (bahaya 34 meter) setakat jam 4 petang tadi.

Hujan lebat: Penduduk mula lakukan persediaan alih kenderaan, haiwan ternakan
Segala persiapan telah dilakukan penduduk dengan mengangkat beberapa barangan perabot di tempat yang tinggi, meletakkan kenderaan di bahu jalan dan mengalihkan haiwan ternakan di kawasan selamat.

Pulau Pinang negeri terbaharu dilanda banjir
Kebanyakan rumah dinaiki air hingga paras 0.6 meter, namun beberapa kawasan kembali surut malam tadi.

Kampung Redang Panjang, Selama dilanda banjir kilat
Hujan lebat selama dua jam itu turut mengakibatkan air sungai melimpah ke jalan utama dan rumah berdekatan.

Hujan lebat, beberapa kawasan di Seberang Perai dilanda banjir kilat
Hujan lebat berterusan sejak jam 4 petang di Pulau Pinang menyebabkan beberapa kawasan di Seberang Perai dilanda banjir kilat.

Hujan lebat lebih dua jam, Bandar Baharu dilanda banjir kilat
Hujan lebat lebih dua jam mengakibatkan lima belas buah rumah dimasuki air selain beberapa kawasan terjejas akibat banjir kilat di daerah Bandar Baharu.

Sulawesi Selatan dilanda banjir kilat
Sekurang-kurangnya dua orang hilang selepas tanah runtuh melanda Kesuma Timur Road yang terletak di pantai barat daya Sulawesi.

Saintis beri amaran 'hujan lebih lebat akibat pemanasan bumi'
Saintis New Zealand memberi amaran bahawa berdasarkan jumlah maksimum wap air di udara yang meningkat secara eksponen dengan suhu, potensi hujan yang melampau akan meningkat.

Auckland mungkin berdepan cuaca lebih buruk - Datuk Bandar
Kerja-kerja pembersihan besar-besaran akan dilakukan untuk membersihkan sampah-sarap akibat ribut sebelum ini.

Jalan Ranau ke Sandakan tidak boleh dilalui akibat tanah runtuh - JKR Sabah
Tiada jalan alternatif boleh dilalui pengguna jalan raya dan kerja-kerja pembersihan sedang dilakukan pada masa ini.