awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
Indonesia bakal larang eksport sisa minyak sawit, utamakan kegunaan domestik - Prabowo
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hukuman mati: Pandangan semua pihak berkepentingan diambil kira

Bernama
Bernama
16/01/2020
00:34 MYT
Hukuman mati: Pandangan semua pihak berkepentingan diambil kira
Kerajaan sedang mengkaji untuk menghapuskan hukuman mati mandatori sahaja, dan bukan hukuman mati secara keseluruhannya. - Gambar hiasan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong memberi jaminan bahawa pandangan kesemua pihak berkepentingan akan diberi pertimbangan sewajarnya dalam proses membuat keputusan untuk menghapuskan hukuman mati mandatori.
Beliau menjelaskan bahawa kerajaan sedang mengkaji untuk menghapuskan hukuman mati mandatori sahaja, dan bukan hukuman mati secara keseluruhannya.
Liew berkata langkah berkenaan selaras dengan piawaian hak asasi manusia antarabangsa di mana hakim mempunyai budi bicara dalam mengenakan hukuman mati berdasarkan fakta dan keadaan khusus setiap kes yang berbeza.
"Laporan akhir Jawatankuasa Khas Kajian Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori akan dikemukakan kepada saya pada akhir bulan ini sebelum tindakan lanjut diambil.
"Saya juga memberi jaminan bahawa pandangan kesemua pihak berkepentingan dalam perkara ini akan diberi pertimbangan sewajarnya dalam proses membuat keputusan," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Kenyataan itu sebagai respons kepada kebimbangan yang dikemukakan oleh ahli keluarga dan wakil-wakil mangsa pembunuhan pada mesyuarat bersama Jawatankuasa Khas Kajian Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori yang dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum di Putrajaya pada Selasa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#hukuman gantung
#hukuman mati mandatori
#keluarga
#keluarga mangsa
#kerajaan
#mangsa
#penjenayah
#sentimen keluarga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan