KUALA TERENGGANU: Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa mengetepikan sabitan hukuman penjara 14 bulan terhadap seorang suri rumah atas kesalahan mencuri dua peket Milo bernilai RM74 di sebuah pasar raya di Marang pada 25 Mei lalu.
Hakim Datuk Hassan Abdul Ghani membuat keputusan berkenaan selepas memanggil pihak pendakwaan dan pembelaan untuk semakan kehakiman yang dijatuhkan terhadap tertuduh, Suhaini Mohd, 43, pada 5 Julai lalu oleh Mahkamah Majistret Marang.
Hassan kemudian memutuskan sabitan kes berkenaan diketepikan selepas mendengar hujahan pihak pendakwaan dan peguam tertuduh, Datuk Naran Singh serta mengarahkan kes tersebut disebut semula di Mahkamah Majistret Marang pada hari yang sama.
Naran ketika ditemui pemberita berkata, pihaknya mendapati terdapat beberapa kecacatan dalam prosiding kes itu sebelum ini.
"Pertama, kesalahan lampau yang dikemukakan adalah tidak sah dari segi undang-undang dan kedua, ada ekshibit mereka (pihak pendakwaan) kemukakan tidak seharusnya dikemukakan," katanya di sini pada Selasa.
Sementara itu di Mahkamah Majistret Marang, Suhaini membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan semula kes berkenaan dibacakan di hadapan Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda.
Sejurus pengakuan tertuduh direkodkan, mahkamah menetapkan 6 September depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Selain hukuman kerana mencuri dua peket Milo, hukuman penjara selama 18 bulan atas dua kesalahan berkaitan penyalahgunaan dadah yang dihadapi tertuduh turut ditangguhkan.
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin.
Media sebelum ini melaporkan, seorang suri rumah dipenjarakan oleh Mahkamah Majistret Marang setelah mengaku salah mencuri dua peket Milo pada Mei lalu.
Suhaini yang beralamat di Kampung Kuala Abang, Dungun didakwa melakukan kesalahan itu pada 25 Mei lalu di sebuah pasar raya di Marang.
Tertuduh sebelum ini mempunyai tiga rekod jenayah lampau berkaitan kesalahan sama iaitu dua kes pada tahun 2019 dan satu kes pada tahun lalu. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Jul 20 2022

Suhaini (kiri) dibawa ke Mahkamah Majistret Marang pada Selasa untuk pertuduhan semula kes. - Astro AWANI

Penyelidik New Zealand hasilkan kajian terbaru mengenai bahaya banjir glasier
Tasik ini bahaya bagi mereka yang tinggal di hilir kerana banjir boleh berlaku secara tiba-tiba akibat kegagalan empangan semula jadi.

Tanah Runtuh | 40 maut, puluhan cedera di Peru
Sekurang-kurangnya 40 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh susulan hujan lebat di Peru.

Tragedi MH17 | Putin didakwa luluskan bekalan peluru berpandu tembak jatuh pesawat
Pasukan penyiasat antarabangsa mendakwa mereka mempunyai bukti meyakinkan bahawa Presiden Rusia, Vladimir Putin menandatangani keputusan membenarkan sistem peluru berpandu Rusia masuk ke Ukraine.

Lawatan Rasmi PM | Respons positif petanda hubungan baik Malaysia, negara jiran
Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir meluahkan kegembiraan selepas melihat lawatan Perdana Menteri ke negara-negara jiran sebelum ini berjalan lancar dan menerima sambutan baik.

Lawatan Rasmi PM | Teroka Ekonomi dan hubungan Malaysia-Thailand
Hal-hal ekonomi dan hubungan Malaysia-Thailand turut menjadi fokus lawatan dua hari Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Thailand.

Lawatan Rasmi PM | Empat MoU bakal dimeterai dalam lawatan PM ke Thailand
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal menyaksikan empat memorandum persefahaman (MoU) dimeterai sempena lawatannya ke Thailand pada 9 dan 10 Februari ini.

Parlimen Gua Musang | Mahkamah benar batal petisyen terhadap SPR, Pegawai Pengurus
Mahkamah Tinggi Kota Bharu membatalkan petisyen terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan seorang pegawai suruhanjaya itu yang difailkan oleh wakil calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah bagi mencabar keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Parlimen itu.

Gempa Turkiye | Tindak balas operasi menyelamat dipercepatkan
Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan mengakui terdapat sedikit masalah dalam tindak balas pasukan penyelamat pasca gempa bumi yang menggegarkan selatan negara itu.

Misi Kemanusiaan | Malaysia-Turkiye bekerjasama atur gerak langkah operasi
Malaysia dan Turkiye akan bekerjasama dalam mengatur operasi misi kemanusiaan ke tenggara Turki yang terjejas akibat gempa. Ia bagi memastikan saluran bantuan dapat diperhalusi mengikut keperluan.

Gempa Bumi Turkiye | Dentie dan Frankie sertai misi SAR ke Turkiye
Dua ekor unit anjing pengesan (K9) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) diterbangkan ke Turkiye bagi menyertai misi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa gempa bumi di negara itu.

Milo Hi-Fibre inovasi baharu, penuhi keperluan nutrisi
Nestle Malaysia Berhad lancar produk baharunya, Milo Hi-Fibre, sejajar usaha menyokong gaya hidup sihat dengan gaya hidup aktif.

Hukuman penjara wanita curi Milo diketepikan, kes disebut semula
Peguam tertuduh mendapati terdapat beberapa kecacatan dalam prosiding kes itu sebelum ini.

Mulakan hari dengan sarapan bijirin enak dan berkhasiat
Ia menjadikan hari anda lebih bersemangat dan produktif, di samping memberikan bentuk badan yang lebih ideal.

Beramal dan bantu komuniti memerlukan bersama #SkuadKebaikanMILO
Tradisi turun temurun oleh jenama minuman coklat malt itu merupakan misi dalam menyatukan komuniti terjejas secara dalam talian.

Nestle catat perolehan RM1.43bil pada Suku Pertama 2020
Permintaan pasaran mungkin lemah berbanding tahun lepas, tetapi ada pelbagai lagi pembelian praktikal seperti Nescafe, Milo, Maggi dan sebagainya akan membantu jualan Nestle tahun ini.

Nestle syarikat pertama di Malaysia guna straw kertas
Nestle (Malaysia) Bhd bermatlamat menghentikan penggunaan lebih 200 juta straw plastik setahun.

Tak payah kejar untuk ibu mengidam, van Milo dah depan mata
Impian ibu mengandung Natasya Rose Nizam, 23, tercapai susulan kehadiran sebuah van Milo di hadapan rumahnya di Bukit Istana, Kuantan.

Menantu mengidam, mertua sanggup kejar van Milo!
Sepasang suami isteri 'mengejar' sebuah van Milo untuk memastikan menantu kesayangan mereka dapat apa yang diidamkan, iaitu Milo dari van Milo.

'Milo Ping' dikenakan caj RM3.20, pengusaha restoran diheret ke mahkamah
Kes itu merupakan kes pertama di Malaysia melibatkan pengusaha premis makanan dibawa ke mahkamah.

Hari Sarapan Terbesar Milo catat penyertaan 60,000 orang
Putrajaya menjadi lokasi ketujuh dan terakhir dalam penganjuran kali ini selepas menjelajah ke enam lokasi.