KUALA LUMPUR: Kemenangan dilakar Malaysia selepas Mahkamah Sepanyol memutuskan penimbang tara Gonzalo Stampa bersalah menghina mahkamah adalah bukti kesungguhan Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan kedaulatan negara.
Peguam Syed Iskandar Syed Jaafar berkata usaha kerajaan bagi menghentikan tindakan Stampa daripada terus mengganggu-gugat Malaysia akhirnya membuahkan hasil apabila Mahkamah Sepanyol memutuskan penimbang tara itu bersalah dan dijatuhi hukuman penjara enam bulan.
"Kemenangan hari ini bukti kesungguhan dan komitmen kerajaan di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar untuk mempertahankan kedaulatan dan maruah tanah air kita," katanya ketika dihubungi Bernama semalam.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said menerusi akaun X berkata selain hukuman penjara, mahkamah sama turut melarang Stampa daripada menjalankan tugasnya sebagai penimbang tara selama setahun.
Berkongsi pendapat sama, peguam Nizam Bashir menyifatkan keputusan itu wajar diraikan oleh rakyat Malaysia kerana ia memberi amaran tegas kepada mana-mana pihak yang ingin menjadikan khazanah negara sebagai khazanah peribadi mereka.
Beliau berkata keputusan itu diharap mampu menyemarakkan semangat anak-anak jati Malaysia bagi memerangi rasuah dan menghapuskan tindak-tanduk pihak yang ingin membolot khazanah negara.
"Dengan keputusan ini maka terbuktilah Stampa telah menghina mahkamah," katanya.
Peguam Christopher Leong pula berkata keputusan itu sememangnya berita baik untuk Malaysia dalam usaha negara memperbetul dan menuntut tebus rugi bagi ketidakadilan yang melampau.
"Tahniah kepada Datuk Seri Azalina dan pasukan perundangan yang mewakili Malaysia. Adalah penting untuk kita tidak mudah berputus asa dalam usaha mengetepikan award timbang tara yang dipertikai dan melindungi kepentingan Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 08 2024
Peguam Nizam Bashir menyifatkan keputusan Mahkamah Sepanyol itu wajar diraikan oleh rakyat Malaysia kerana ia memberi amaran tegas kepada mana-mana pihak yang ingin menjadikan khazanah negara sebagai khazanah peribadi. - Gambar hiasan
500,000 kanak-kanak di Gaza alami trauma perang - UNRWA
Lazzarini turut mendakwa tentera Israel bertindak menceroboh premis PBB dan mengganggu kakitangan UNRWA.
Tok Mat doa operasi SAR Presiden Iran berjalan lancar
Mohamad Hasan mendoakan kelicinan operasi mencari dan menyelamat nahas helikopter yang melibatkan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Iran.
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hukuman ke atas Stampa bukti tuntutan kumpulan Sulu tidak berasas - Hajiji
Hukuman penjara enam bulan ke atas penimbang tara Sepanyol, Gonzalo Stampa kerana menghina mahkamah merupakan bukti jelas bahawa tuntutan oleh kumpulan mengaku waris Sulu terhadap Sabah tidak berasas.
Hukuman terhadap Stampa bukti kesungguhan kerajaan pertahan kedaulatan negara - Peguam
Syed Iskandar berkata usaha kerajaan bagi menghentikan tindakan Stampa daripada terus mengganggu-gugat Malaysia akhirnya membuahkan hasil.
Malaysia sambut baik keputusan Mahkamah Jenayah Madrid terhadap Stampa
Malaysia juga yakin keputusan bersejarah ini akan menjadi faktor pencegahan kepada tindakan tidak beretika Kumpulan Penipuan Sulu.
Mahkamah Sepanyol putuskan Stampa bersalah hina mahkamah, dihukum penjara enam bulan
Penimbang tara 'penyangak' Gonzalo Stampa telah didapati bersalah menghina mahkamah dan dijatuhi hukuman penjara selama enam bulan oleh Mahkamah Sepanyol.
Tuntutan Sulu: Malaysia mahu Stampa dipenjara - Azalina
Malaysia mahu Mahkamah Madrid menjatuhi hukuman penjara ke atas Gonzalo Stampa yang didakwa menghina mahkamah.
Kes Sulu: Malaysia bimbang cubaan ganggu prosiding terhadap Gonzalo Stampa
Malaysia menyuarakan rasa bimbang terhadap sebarang cubaan remeh dan menjengkelkan oleh mana-mana pihak bagi menjejas dan menganggu perjalanan prosiding jenayah terhadap Gonzalo Stampa.
Kes Sulu: Stampa akan diheret ke mahkamah jenayah, suara Malaysia didengar di Madrid 11 Dis - Azalina
Penimbang tara Sepanyol Dr Gonzalo Stampa akan dibicarakan di Mahkamah Madrid pada 11 Dis ini atas dua kes jenayah berkaitan final award kepada Kumpulan Sulu.
Tuntutan 'waris' Sulu: Malaysia mungkin fail saman - Azalina
Kerajaan akan mengkaji untuk mengambil tindakan saman memandangkan kos yang ditanggung oleh Malaysia adalah sangat tinggi.