ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 9 Januari 2024.


1. Pasangan Diraja Brunei Putera Mateen, Dayang Anisha bertunang

Yang Amat Mulia Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah dan Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah Adam secara rasmi melangsungkan majlis pertunangan hari ini.



2. Parlimen Korea Selatan lulus RUU larang makan daging anjing

Parlimen Korea Selatan pada Selasa meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) khas yang mengharamkan pengambilan daging anjing di negara itu.


3. PBB bimbang konflik meningkat di rantau Asia Barat

Pembunuhan komander kanan kumpulan Hezbollah dalam serangan udara Israel di selatan Lubnan dibimbangi menyebab perang di Asia Barat merebak ke skala lebih luas.


4. Putera Mahkota Arab Saudi tekankan kepentingan hentikan serangan Israel

Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman menekankan kepentingan untuk menghentikan serangan Israel ke atas Gaza dalam perbincangan baginda dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Antony Blinken pada Isnin.


5. Afrika Selatan dakwa Israel: Terus bersolidariti, beri tekanan

Tidak mustahil untuk Israel dihukum atas jenayah melakukan genosid terhadap Gaza.


6. Culik kanak-kanak satu lagi kekejaman Israel yang perlu dilalui keluarga Palestin di Gaza

Menculik kanak-kanak berambut keperangan atas alasan kononnya mereka warga Israel yang ditahan di Semenanjung Gaza merupakan satu lagi taktik kejam dan perbuatan tidak berperikemanusiaan oleh tentera Zionis Israel terhadap penduduk Palestin, terutama di Gaza selain serangan berterusan terhadap orang awam sehingga ke hari ini.


7. 11 cedera, 1 hilang letupan di hotel Texas

Sekurang-kurangnya 11 orang cedera manakala seorang lagi hilang dalam letupan sebuah hotel di pusat bandar Fort Worth, Texas, Amerika Syarikat (AS) pada Isnin, kata pihak berkuasa, lapor United Press International (UPI).


8. Pelitup muka kembali wajib dipakai di Sepanyol

Sekali lagi pemakaian topeng pelitup muka diwajibkan di hospital dan pusat penjagaan kesihatan di Sepanyol bermula Rabu.


9. Taiwan keluar amaran kecemasan, China lancar satelit

Pihak berkuasa Taiwan mengeluarkan amaran kecemasan di seluruh pulau itu hari ini, mendakwa satelit China melintasi ruang udara selatan wilayah itu kira-kira jam 3.04 petang waktu tempatan.


10. Indonesia tangguh beli Mirage 2000-5 jadi isu besar kempen pilihan raya presiden

Indonesia menangguhkan rancangan untuk memperoleh 12 pesawat tempur Mirage 2000-5 kepunyaan Qatar atas faktor kekangan kewangan negara walaupun keperluan tersebut ada.