awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Humane Technology lancar peranti tanpa skrin untuk tandingi telefon pintar

Shafizan Johari
Shafizan Johari
13/11/2023
07:32 MYT
Humane Technology lancar peranti tanpa skrin untuk tandingi telefon pintar
Peranti ini tidak hanya menawarkan sejumlah ciri inovatif tetapi dicipta bagi menandingi peranan telefon pintar sebagai peranti utama dalam kehidupan harian. -Foto hu.ma.ne
SYARIKAT pemula dari San Francisco, Humane Technology, melancarkan Humane AI Pin, sebuah peranti pakai (wearable) tanpa skrin yang dijangka mencipta revolusi dalam cara manusia berinteraksi dengan teknologi.
Peranti ini tidak hanya menawarkan sejumlah ciri inovatif tetapi dicipta bagi menandingi peranan telefon pintar sebagai peranti utama dalam kehidupan harian.
Pengguna juga tidak perlu menggunakan suara pengaktif (activation voice) untuk menggunakan peranti ini dan pada masa sama AI Pin memperkenalkan interaksi suara, sentuhan, dan isyarat.
Didukung oleh chipset Qualcomm Snapdragon, peranti ini menawarkan kelajuan yang diperlukan untuk pelbagai fungsi AI dan menggunakan sistem pengoperasian tersendiri, Humane OS.
AI Pin juga berpotensi merevolusikan cara kita menjalankan kehidupan seharian seperti mana yang berlaku ketika telefon pintar mula-mula diperkenalkan.
Humane AI Pin akan berada di pasaran dengan pelbagai aksesori, bermula harga AS$699 (kira-kira RM3,290).
Peranti ini juga menawarkan perkhidmatan tambahan seperti pertanyaan tanpa had, perbualan, teks, dan data pada harga AS$24 (RM113) sebulan.
Topic Berkaitan
#Humane Technology
#Humane AI Pin
#peranti pakai tanpa skrin
#ciri inovatif
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan