awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
750 juta orang berdepan ketidak jaminan makanan global - IFAD
Gunung Marapi di Indonesia meletus, sembur abu setinggi 600 meter ke udara
Pengawal selia Jerman denda Amazon AS$67 juta berikutan amalan penetapan harga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hyundai Elantra ‘Sport Edition’ dilancarkan

Astro Publication
Astro Publication
07/07/2015
04:27 MYT
Hyundai Elantra ‘Sport Edition’ dilancarkan
Hyundai Elantra yang baharu diberikan kemaskini (facelift) nampaknya mendapat tumpuan tambahan dengan varian edisi terhad Sport Edition. Mengikut Hyundai-Sime Darby Motors Sdn. Bhd. (HSDM), hanya 999 unit Sport Edition sahaja akan dihasilkan dan dijual pada harga RM91,928.
Varian edisi terhad ini diberikan kit badan lebih ranggi yang merangkumi bampar depan dan belakang selain skirt sisi. Turut ada pada kereta ini adalah muncung ekzos kembar serta pelekat pada badan kereta yang lebih sporty. Di dalamnya pula disertakan dengan sistem hiburan 6.2 inci yang lengkap dengan fungsi audio, DVD dan Bluetooth. Kamera undur juga boleh dipilih tetapi dengan tambahan harga RM300.
Elantra Sport Edition ini boleh didapati di dalam warna putih (Creamy White) atau hitam (Phantom Black). Untuk menunjukkan nilai eksklusif sedan ini, pelekat khas yang menunjukkan kod bar serta nombor siri (001 hingga 999) turut ada.
Hyundai Elantra Sport Edition ini dipasang enjin 1.6-liter MPI D-CVVT dan kotak gear automatik enam kelajuan. Sempena musim perayaan yang bakal tiba, HSDM meraikannya dengan menganjurkan promosi ‘Glittering Raya’ yang menawarkan pelanggan sehingga enam siling emas sambutan ulangtahun Sonata ke-30 edisi terhad bagi setiap pembelian kenderaan Hyundai.
200 pembeli pertama Elantra Sport Edition juga boleh memilih sama ada untuk memiliki dua keping syiling ini ataupun rebat tunai sehingga RM3,500.
Topic Berkaitan
# Elantra
# Sime Darby
#Hyundai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan