awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
LHDN kesan RM1.4 bilion pendapatan tidak dilapor hasil semakan e-Invois
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ibu, anak maut dihempap lori

Sinar Harian
Sinar Harian
22/01/2024
05:01 MYT
Ibu, anak maut dihempap lori
Anggota bomba sedang mengeluarkan mangsa tersepit dalam kemalangan di Jalan Banting–Dengkil, pada Isnin. - Bomba Selangor
KUALA LANGAT: Dua beranak maut selepas kereta dinaiki dihempap sebuah lori dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Jalan Banting–Dengkil, di sini pada Isnin.
Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Penguasa Kanan Bomba I, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, kedua-dua mangsa yang maut di lokasi kejadian adalah ibu dan anak perempuannya masing-masing berusia 10 tahun dan 40an.
"Seorang lagi anak perempuan berusia 20-an cedera di bahagian kaki," katanya dalam kenyataan pada Isnin.


Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu pada jam 7.03 pagi.
"Berdasarkan maklumat awal, sebuah lori telah melanggar empat kereta lain iaitu dua jenis Honda City, satu Perodua Bezza dan sebuah lagi kereta tidak dapat dikesan.
“Lori tersebut telah menghempap Perodua bezza dan terdapat tiga mangsa tersepit di dalam kereta itu," katanya.
Beliau berkata, seramai 10 anggota serta pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Banting dan Teluk Panglima Garang terlibat dalam operasi tersebut.
"Kesemua mangsa dihantar ke Hospital Banting untuk tindakan selanjutnya," katanya.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#dua beranak maut
#jalan Banting Dengkil
#dihempap loro
#bomba Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan