awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ibu anggota tentera hilang di Hutan Royal Belum yakin anaknya masih hidup

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
05/12/2024
03:10 MYT
Ibu anggota tentera hilang di Hutan Royal Belum yakin anaknya masih hidup
Zuraida dan suaminya, Ahmad Tarmizi tidak putus-putus mendoakan semoga usaha pencarian anak mereka, Ahmad Zulhilmi dipermudahkan. - Gambar Astro AWANI
SUNGAI PETANI: Ibu Lans Koperal Ahmad Zulhimi Ahmad Tarmizi, anggota tentera yang dihanyutkan arus deras ketika menyeberangi Sungai Merah di Hutan Royal Belum, Gerik di Perak, Jumaat lalu berharap anaknya ditemukan dalam kedaan selamat.
Zuraida Abu Bakar, 54, berkata, dia menerima panggilan daripada pihak tentera selepas 24 jam anaknya yang berusia 20-an itu dilaporkan hilang.
Katanya, dia dan suami, Ahmad Tarmizi Safar, 54, turut melakukan solat hajat sejak hari anaknya dilaporkan hilang dan berdoa semoga dipermudahkan urusan mencari anaknya.
"Saya yakin anak saya masih hidup kerana sebagai komando, dia mesti tahu macam mana untuk terus hidup.
“Apapun, kami serahkan sepenuhnya kepada pihak tentera untuk melakukan operasi pencarian anak kami," kata ketika ditemui di rumahnya di Kampung Padang Limau, di sini, hari ini.
Ahmad Zulhilmi, kata ibunya, bercita-cita menjadi komando dan menyarung seragam tentera sejak kecil.
Ahmad Zulhilmi, kata ibunya, bercita-cita menjadi komando dan menyarung seragam tentera sejak kecil.
Menurut Zuraida, anaknya itu bercita-cita menjadi komando dan menyarung seragam tentera sejak kecil.
Katanya, kali terakhir dia bertemu dengan anak sulung daripada dua beradik itu pulang ke kampung halaman semasa menyambut Hari Raya Aidilfitri lalu
"Abang (panggilan kepada Zulhilmi) sudah lima tahun berkhidmat dalam tentera dan terus menjadi anggota komando.
"Dia juga turut menghubungi saya pada November lalu dan meminta saya doakan supaya dia selamat kerana perlu bertugas di hutan Royal Belum dan dijangka pulang bulan depan.
"Anak saya masih bujang dan adik bongsunya juga anggota tentera yang bertugas di Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu, Sabah," katanya.
Media semalam melaporkan seorang anggota tentera ditemukan meninggal dunia dipercayai akibat lemas sementara seorang lagi masih hilang selepas dihanyutkan arus deras semasa menyeberangi Sungai Merah, di Gerik, Perak.
Kejadian sekitar jam 6 petang itu berlaku ketika dua anggota tentera lelaki berkenaan bersama tujuh yang lain menjalankan tugas gerakan operasi Kota Echo/Foxtrot di kawasan Hutan Royal Belum.
Topic Berkaitan
#anggota tentera hilang
#Hutan Royal Belum
#ibu yakin
#Lans Koperal Ahmad Zulhimi Ahmad Tarmizi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan