awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ibu bangga tragedi seragam celoreng bukan pengakhiran legasi

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
10/04/2025
04:50 MYT
Ibu bangga tragedi seragam celoreng bukan pengakhiran legasi
Hanipah (kiri) bersama anak bongsunya Intan Norhafiza yang baru menyertai pasukan bomba. - Astro AWANI
TAHUN 2018 disifatkan tahun tragik buat Jabatan Bomba dan Penyelamat apabila menyaksikan kematian terbanyak melibatkan enam anggota serentak ketika operasi mencari dan menyelamat.
Kini tujuh tahun berlalu, namun Hanipah Mat Isa, 63 tahun, masih sukar melupakan kejadian melibatkan anaknya, Izatul Akma Wan Ibrahim, yang lemas bersama lima rakan.
Ketika kejadian, mereka bertugas menyelamatkan seorang remaja yang terjatuh ke dalam lombong di Taman Putra Perdana, Puchong.
Ibu kepada 10 cahaya mata itu berkata, setiap kali melihat celoreng wira yang menjadi kebanggaan anak lelakinya itu, pasti hati tuanya akan terusik dan kembali mengenangkan tragedi itu.
Apatah lagi kini anak bongsunya, Intan Norhafiza Wan Ibrahim, 25 tahun, turut mengikuti jejak langkah arwah abangnya untuk menyarung uniform itu.
"Sebagai ibu saya tidak pernah menghalangnya mengejar cita-cita untuk menjadi seorang anggota bomba. Walaupun mempunyai sejarah yang sukar dilupakan, saya tetap menyokong dan berbangga dengan kerjaya yang dipilih mereka.
"Namun, saya tidak membenarkannya menyertai Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) seperti arwah abangnya," katanya kepada Astro AWANI.
Intan Norhafiza menunjukkan gambar arwah abangnya sambil memeluk ibunya, - Foto Astro AWANI
Intan Norhafiza menunjukkan gambar arwah abangnya sambil memeluk ibunya, - Foto Astro AWANI
Sementara itu, Intan Norhafiza ketika ditemui berkata, walaupun tragedi menimpa abangnya sukar dihapuskan dari memori, ia tidak mematahkan semangatnya untuk menyertai pasukan bomba.
Katanya, minat menyertai pasukan beruniform itu juga timbul selepas melihat kejayaan abangnya dan dia bersyukur permohonan kali keduanya untuk menyertai pasukan itu berjaya direalisasikan.
"Memang saya minat untuk sertai bomba ini selepas melihat arwah abang menyertainya. Dari situ, saya tanamkan hasrat untuk mengikuti jejak langkahnya dan Alhamdulillah percubaan kali kedua ini berjaya.
"Kehilangan itu memang perit, namun saya bangga dengan jasa dan pengorbanannya menyelamatkan orang lain sepanjang 11 tahun perkhidmatan," tambah Intan Norhafiza.
Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Datuk Nor Hisham Mohammad berkata, beliau berbangga dengan semangat dan restu dari keluarga itu untuk menyertai pasukannya.
Dalam kejadian pada 3 Okt 2018, enam anggota PPDA bomba lemas selepas dipercayai terbelit dengan tali antara satu sama lain akibat arus di lokasi pencarian terlalu kuat sehingga mereka gagal menyelamatkan diri.
Selain Izatul Akma yang ketika itu berusia 32 tahun, lima lagi yang meninggal dunia ialah Mohd Fatah Hashim, 34 tahun, Mazlan Omar Baki, 25 tahun, dan Yahya Ali, 24 tahun, merupakan anggota dari PPDA Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pelabuhan Klang.
Dua mangsa lain, Muhammad Hifdzul Malik Shaari, 25 tahun, dan Adnan Othman, 33 tahun, dari PPDA BBP Shah Alam.
Topic Berkaitan
#bomba
#Izatul Akma Wan Ibrahim
#lemas
#PPDA
#lombong di Taman Putra Perdana
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan