NATIONAL
Ibu bapa mandikan jenazah anak sendiri

Bapa mangsa terpaksa terpaksa dipapah oleh anak sulung mereka, Wan Muhd Al Rifae, 31 tahun, dan keluarga untuk melihat tiga anak mereka meninggal dunia. - Gambar Astro AWANI
Jenazah tiga beradik yang maut dalam kemalangan selepas menghantar ahli keluarga menunaikan umrah dimandikan sendiri oleh ibu bapa mereka yang baharu pulang dari Mekah.
Wan Kamaruzzaman Wan Mohamad, 56 tahun dan isterinya, Rosnani Ibrahim, 53 tahun tiba di Unit Forensik Hospital Kemaman pada pukul 3.45 petang Ahad.
Suasana pilu menyelubungi unit forensik yang dipenuhi lebih 200 ahli keluarga sejurus pasangan itu keluar dari kenderaan.
Lebih memilukan apabila Wan Kamaruzzaman dan Rosnani terpaksa dipapah oleh anak sulung mereka, Wan Muhd Al Rifae, 31 tahun, dan keluarga untuk melihat tiga anak mereka meninggal dunia.
Kemalangan berlaku ketika tiga beradik itu dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kampung Padang Lalang, Binjai, Kemaman.

Ibu kepada tiga beradik yang maut akibat kemalangan terpaksa dipapah ahli keluarga.
Jenazah ketiga-tiga mangsa disembahyangkan di Masjid Jamek Binjai selepas maghrib dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Binjai.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami