Ibu bapa adalah golongan paling tepat untuk mengajar anak-anak mereka mengenai kesihatan reproduktif dan seksual.
Ia dibuktikan menerusi kajian dijalankan pelajar Fakulti Perubatan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) terhadap 91 ibu bapa dari dua kampung pedalaman di Besut.
Naib Canselor UniSZA Prof Datuk Dr Ahmad Zubaidi Abdul Latif berkata melalui kajian itu, 49.3 peratus daripada mereka merasakan ibu bapa pihak yang paling sesuai untuk mengajar anak remaja tentang kesihatan reproduktif dan seksual.
Bagaimanapun, katanya 50.6 peratus daripada golongan ibu bapa pula berasa malu untuk berbincang dengan anak-anak mereka mengenai perkara tersebut.
"Kajian komuniti dijalankan hampir sebulan oleh pelajar perubatan Tahun Tiga UniSZa itu juga mendapati 40 peratus daripada 61 remaja yang menyertai kajian menyatakan ibu bapa mereka jarang sekali membincangkan perkara berkaitan termasuk mengenai adegan seks yang tidak patut dilihat di televisyen.
"Mereka juga didapati tidak memahami hubungan seks di bawah umur salah dari segi undang-undang. Mereka menyangka ibu bapa akan mengesyaki mereka terlibat dalam aktiviti tidak bermoral jika menanyakan soalan tentang isu kesihatan reproduktf dan seksual," katanya.
Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas majlis perasmian Program Karnival Penyelidikan Bersama Komuniti yang disempurnakan Anggota Dewan Negara Senator Engku Naemah Engku Taib di UnisZA Kampus Tembila di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Ahmad Zubaidi berkata berbanding ibu bapa yang lebih berpengetahuan mengenai sistem reproduktif dan seksual, mereka lebih bijak dalam memberi pendedahan tentang perkara tersebut kepada anak-anak mereka.
"Malah lebih tegas memantau penggunaan internet dalam kalangan anak remaja daripada mereka yang tidak tahu langsung tentang internet," katanya.
Sehubungan itu, Ahmad Zubaidi berkata rumusan kajian itu memutuskan setiap detik yang diluangkan oleh ibu bapa untuk anak remaja adalah sangat penting bagi melindungi berhubung kesihatan reproduktif mereka.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 06 2016
Namun, terdapat golongan ibu bapa pula yang berasa malu untuk berbincang dengan anak-anak mereka mengenai perkara tersebut. - Gambar hiasan
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Elak gajet, kerap buat aktiviti bersama anak
Ibu bapa seharusnya lebih kreatif dalam merancang dan menentukan suasana pembelajaran yang berkesan kepada anak-anak.
Poligami perlu ikut undang-undang, jujur dengan pasangan - Exco
Ada enakmen digubal demi kebajikan dan kepentingan pihak-pihak dalam perkahwinan termasuk isteri, anak-anak, ibu bapa dan saudara-mara.
Anak obes boleh sebabkan fungsi otak terbantut. Elak dua bahan makanan ini
Ia boleh buat pergerakan anak perlahan dan paling dirisaukan membantutkan fungsi otak anak.
'Muntah, takut, seluruh badan rosak' - Elyana mohon peminat memahami, bukan menghakimi
Penyanyi, Elyana Emrizal yang kini sedang berdepan dengan dugaan kesihatan tampil meluahkan perasaannya.
Anak mula tinggi suara, angkat tangan dengan ibu? - Pakar kongsi 6 tip apa perlu dilakukan
Semakin lama semakin tinggi suaranya. Tutur kata anak ni mula jadi kasar, tangan mula diangkat-angkat, kaki dihentak-hentak.
Sekolah dah nak buka, jangan biarkan anak tidur lewat
Bukan apa, bila dah bersekolah, tentunya kena tidur awal sebab paginya kena bangun awal. Takutnya tak dapat nak tumpu pembelajaran di sekolah.
Cuba panduan ini, kalau mak ayah 'terpaksa' kongsi bilik tidur dengan anak
Mungkin semasa anak masih kecil, tidak menjadi masalah tapi apabila makin membesar memang kena sediakan bilik berasingan.
Anak kena rehat 5-10 minit selepas setiap 25 minit sesi belajar, kalau anak stres bagi dia bertenang
Kerja sekolah memainkan peranan yang besar dalam pendidikan setiap kanak-kanak. Kerja sekolah mengambil kira sehingga lebih 50 peratus daripada prestasi pelajar (GPA).
Total lockdown boleh jejaskan kesihatan mental - Pakar psikologi
Ketua keluarga perlu bijak mengawal emosi supaya dapat berfikir dengan rasional sekali gus membantu mereka mengurus keluarga dengan lebih baik dalam tempoh sukar sekarang.
Anak-anak bosan di rumah? Ikuti lawatan di Taman Buaya secara maya
Keadaan COVID-19 yang menuntut orang ramai untuk terus kekal berada di rumah ada kalanya sedikit sebanyak memberikan tekanan kepada mereka.