awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ibu bapa, pengasuh bayi maut dipercayai didera ditahan

Bernama
Bernama
24/03/2018
09:23 MYT
Ibu bapa, pengasuh bayi maut dipercayai didera ditahan
Ibu kandung, bapa tiri dan pasangan pengasuh direman tujuh hari bantu siasatan kes seorang bayi perempuan yang meninggal dunia awal pagi tadi di Hospital Seri Manjung dipercayai didera. - Gambar Hiasan
Polis menahan empat suspek termasuk ibu kandung dan bapa tiri seorang bayi perempuan yang meninggal dunia awal pagi tadi di Hospital Seri Manjung dipercayai akibat didera bagi membantu siasatan
Ketua Polis Daerah Manjung, ACP Muhammad Hanif Othman berkata, selain pasangan terbabit, pihaknya turut menahan pasangan suami isteri yang juga pengasuh kepada bayi tersebut.
"Kita menahan kesemua suspek yang berumur lingkungan 25 hingga 35 tahun itu bagi membantu siasatan," katanya di sini, hari ini.
Muhammad Hanif berkata, kesemua suspek direman tujuh hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
BACA: Bayi dipercayai didera meninggal dunia
Bayi perempuan berumur enam bulan itu meninggal dunia kira-kira 6.45 pagi tadi selepas dirawat lebih empat jam di Hospital Seri Manjung, disyaki akibat didera.
- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bayi dera
#dera
#Hospital Seri Manjung
#ibu bapa
#meninggal dunia
#pengasuh
#reman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan