TANJUNG MALIM: Seorang ibu berdepan detik cemas apabila anaknya yang berusia setahun setengah terperangkap dalam kereta selama kira-kira 20 minit.

Menurutu jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Perak, wanita berkenaan difahamkan keluar daripada kereta seketika di Kampung Bedrock, di sini hari ini untuk ke kedai berdekatan.

Apabila dia kembali semula, dia mendapati pintu kereta tersebut terkunci secara automatik bersama anaknya di dalam.

"Pasukan Bomba yang tiba di tempat kejadian diarahkan oleh Komander Operasi menggunakan peralatan khas untuk membuka pintu kereta berkenaan.

"Kanak-kanak tersebut telah pun berjaya dikeluarkan dengan selamat dan telah diserah kan kepada ibu kanak-kanak tersebut.

"Semasa kejadian difahamkan kanak-kanak tersebut tidak tertidur atau menangis," katanya dalam kenyataan pada Selasa.