awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Hujan, ribut petir diramal malam sepanjang minggu ini - MetMalaysia Terengganu
POLITIK
UMNO perlu ambil pendekatan menyeluruh tarik golongan muda - Shamsul Anuar
MALAYSIA
'Ambil tanah kubur Nurly, mohon ampun kepada Allah SWT'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Ibu biar anak gadis dirogol kekasih

Sinar Harian
Sinar Harian
29/06/2025
05:30 MYT
Sponsor Banner
Ibu biar anak gadis dirogol kekasih
Perbuatan terkutuk itu dipercayai berlaku di hadapan ibu mangsa yang langsung tidak menghalangnya. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang gadis menempuh detik hitam apabila dicabul dan dirogol kekasih ibunya sendiri dalam kejadian di sebuah kediaman di ibu kota.

Ringkasan AI
  • Seorang gadis berusia 14 tahun menjadi mangsa rogol oleh kekasih ibunya sendiri di sebuah kediaman di ibu kota, dengan kejadian berlaku di hadapan ibunya yang tidak menghalang perbuatan tersebut.
  • Mangsa kemudian ternampak mesej antara ibunya dan suspek yang merancang untuk melakukan hubungan seks serta menyatakan hasrat bersama mangsa, lalu melarikan diri dan membuat laporan polis.
  • Kedua-dua suspek telah ditahan dan direman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan.

Lebih menyayat hati, perbuatan terkutuk itu berlaku di hadapan ibu mangsa yang langsung tidak menghalangnya.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata, kejadian berlaku pertengahan tahun lalu kira-kira jam 4 petang ketika mangsa berusia 14 tahun sedang tidur di bilik tidur ibunya.
"Mangsa terjaga selepas berasa disentuh dan mendapati ibunya, 36, serta teman lelaki wanita itu berusia 61 tahun berada di sebelahnya.
"Suspek kemudiannya bertindak merogol mangsa di hadapan ibunya," katanya pada Ahad.
Katanya, sekitar 25 Jun lalu, mangsa ternampak mesej antara ibunya dan suspek yang merancang untuk melakukan hubungan seks serta menyatakan hasrat untuk bersama mangsa di sebuah hotel.
"Mangsa yang ketakutan kemudian melarikan diri ke rumah rakannya sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Pandan Indah," katanya.
Menurutnya, hasil siasatan dijalankan membawa kepada penahanan kedua-dua suspek semalam.
"Siasatan mendapati ibu mangsa bekerja sebagai pengawal keselamatan manakala teman lelakinya bekerja sendiri.
"Kedua-dua suspek direman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kes rogol
#rogol anak kekasih
#remaja bawah umur
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami