awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SARA untuk Semua disalurkan hari ini, kategori barangan diperluas
"Pecat betul-betul, jangan baling batu sembunyi tangan macam pondan" - Wan Ahmad Fayhsal
PM Anwar ucap tahniah kepada PM Jepun, Sanae Takaichi menang pilihan raya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ibu Chef Wan meninggal dunia

Astro Awani
Astro Awani
12/01/2023
01:10 MYT
Ibu Chef Wan meninggal dunia
Ibu Chef Wan, Noraini Abdullah, menghembuskan nafas terakhir pada jam 6.20 pagi tadi. - Media sosial
IBU kepada selebriti masakan dan juga pelakon terkenal Chef Wan meninggal dunia awal pagi tadi.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram, Datuk Redzuan Ismail, 64, memaklumkan ibu tercinta, Noraini Abdullah, 93, menghembuskan nafas terakhir awal pagi tadi.
"Dengan penuh rasa dukacita dimaklumkan bahawa ibu saya yang tersayang telah meninggal dunia jam 6.20 pagi tadi dalam tidurnya di Hospital Gleneagles.
"Semoga rohnya bersemadi dengan aman, diampunkan segala dosa, serta ditempatkan bersama orang yang beriman kelak.
"Jenazah akan dipersiap untuk dikebumi di Masjid Putra Putrajaya dan disemadikan di Tanah Perkuburan Cyber 10. Al-Fatihah.
"Terima kasih tidak terhingga kepada semua ucapan serta doa untuk Allahyarham ibu saya. Alhamdulillah," tulis Chef Wan di akaun Instagramnya.
View this post on Instagram
A post shared by chef wan (@_chefwan58)
Dalam hantarannya sebelum ini, Chef Wan memaklumkan ibunya sedang menerima rawatan akibat kanser tahap empat di sebuah hospital.
Difahamkan, selain kanser, Allahyarham turut menghidap Penyakit Alzheimer dan dementia.
Menerusi ruangan komen, rakan-rakan artis serta peminat menitipkan doa kepada Allahyarham dan menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Chef Wan.
Topic Berkaitan
#Chef Wan
#Noraini Abdullah
#Hospital Gleneagle
#Tanah Perkuburan Cyber 10
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan