awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suami sakit kronik, Hanim buntu rumah rosak akibat banjir
PM Anwar lancar 'I LITE U' malam ini, pacu TMM 2026
EV direka dengan sistem keselamatan ketat, selamat ketika banjir
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ibu dan anak maut dalam kemalangan di Mersing

Siti Nur Aqilla Omar
Siti Nur Aqilla Omar
20/12/2023
05:42 MYT
Ibu dan anak maut dalam kemalangan di Mersing
Keadaan kereta Perodua Viva yang mengorbankan dua beranak dalam kemalangan di Jalan Nitar-Mersing pagi tadi. - Foto PDRM
MERSING: Dua beranak maut selepas kenderaan dinaiki mereka terlibat dalam insiden kemalangan jalan raya bersama sebuah lori di kilometer 20, Jalan Nitar-Mersing, pada pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Abdul Razak Abdullah Sani berkata, kedua-dua mangsa yang maut dikenali sebagai Zubaidah Zakaria, 33, dan anak lelakinya, Uwais Rayyan Mohamad, 4.
Katanya, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam berhubung kejadian itu, sekitar jam 8 pagi.
Menurut beliau lagi, kemalangan disyaki berlaku apabila kereta jenis Perodua Viva yang dipandu wanita terbabit, dari arah Felda Nitar menghala ke bandar Mersing telah hilang kawalan sebelum berpusing dan dilanggar sebuah lori, dari arah yang sama.
Akibat kemalangan, pemandu dan penumpang kereta, mengalami cedera parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Pemandu lori yang berusia 40 tahun, bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan dan akan diambil keterangan dalam masa terdekat.
Tambah Abdul Razak, siasatan lanjut bagi insiden terbabit masih dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan mayat telah diserahkan kepada pihak Hospital Mersing untuk tindakan susulan.
Topic Berkaitan
#dua beranak maut
#kemalangan Mersing
#Polis Daerah Mersing
#kereta berpusing
#dilanggar lori
#hilang kawalan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan