Ibu berusia 32 tahun yang disyaki mengelar bayi perempuannya sehingga mati semalam direman tujuh hari bermula hari ini di wad psikiatri Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu pagi tadi.
Perintah tahanan reman dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Kota Bharu Rusli Ahmad bermula hari ini sehingga 11 Februari ini untuk siasatan lanjut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Terdahulu, penolong pendaftar mahkamah bersama seorang jurubahasa dan pegawai polis tiba jam 9 pagi di wad berkenaan untuk proses reman itu sebelum dilihat keluar 10 minit kemudian.
Petang semalam, seorang bayi perempuan berusia dua bulan ditemui mati dipercayai dikelar oleh ibunya di kuarters Kem Desa Pahlawan, Kok Lanas di sini, jam 2.45 petang dengan pisau pemotong sayur.
Nur Areesa Sofea Jiri ditemui di ruang tamu dalam kesan kecederaan di leher.
Mayat kemudian dibawa ke HRPZII untuk bedah siasat sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Mukim Jal Kechik, Tumpat jam 3.15 pagi tadi.
Sementara itu, salah seorang ahli keluarga mangsa yang enggan dikenali memaklumkan suspek merupakan seorang ibu yang bertanggungjawab dan tidak pernah sebelum ini mengalami gangguan emosi bahkan keturunan keluarganya juga tidak mempunyai sejarah penyakit mental.
Namun pada hari kejadian beliau memaklumkan ibu mangsa dikatakan mengalami halusinasi dengan mendengar suara ghaib menyuruhnya membunuh anak bongsunya.
Semasa kejadian berlaku suspek juga dikatakan menyuruh dua anaknya keluar ke kedai sebelum bertindak demikian.
Muhafandi Muhamad
Sun Feb 05 2017

Petang semalam (Sabtu), seorang bayi perempuan berusia dua bulan ditemui mati dipercayai dikelar oleh ibunya di kuarters Kem Desa Pahlawan, Kok Lanas. - Gambar fail

Thaipusam | Membuat kavadi perlukan dedikasi tinggi
Selepas dua tahun, kavadi berwarna-warni bakal kembali menceriakan sambutan Thaipusam kali ini. Diringi muzik tradisional, penganut Hindu akan menunaikan nazar mengikut niat masing-masing dengan menjunjung paal koodam, kavadi dan mencukur rambut.

PRN: BN Selangor sedia runding PH agihan kerusi
Perjumpaan dengan PH akan dimuktamadkan selepas semua komponen BN bersetuju mengenai jumlah kerusi bakal ditandingi BN.

Penjara Sg Buloh | Jumlah banduan 36% melebihi kapasiti maksimum 4,200
Jumlah banduan yang ditempatkan di Penjara Sungai Buloh mencecah 36 peratus melebihi kapasiti maksimum, iaitu 4,200 banduan. Namun, menurut Jabatan Penjara Malaysia, masalah kesesakan di Penjara Sungai Buloh telah dikurangkan melalui pelbagai langkah yang merupakan sebahagian daripada reformasi penjara.

Serbuan Imigresen | SUHAKAM bimbang kebajikan 36 kanak-kanak Indonesa di Depoh
SUHAKAM amat bimbang dengan keadaan dan kebajikan 36 kanak-kanak yang kini ditempatkan di Depoh Imigresen Lenggeng berikutan penahanan 67 warga Indonesia oleh Jabatan Imigresen selepas serbuan awal pagi yang dijalankan di sebuah penempatan di Nilai Spring pada 1 Februari 2023. Di samping memperakui tanggungjawab Jabatan Imigresen untuk menguatkuasakan undang-undang imigresen, SUHAKAM ingin menekankan tanggungjawab Malaysia terhadap Konvensyen Hak Kanak-kanak (CRC) dalam menjamin kepentingan terbaik untuk kanak-kanak.

Jenazah Presiden MAA, Aishah Ahmad dikebumikan di Arab Saudi hari ini
Jenazah Presiden MAA, Datuk Aishah Ahmad Badjunaid yang meninggal dunia di Jeddah akan dikebumikan di Arab Saudi hari ini.

TVET | Perlu tekankan konsep ‘sekolah ke kerjaya’
Sudah tiba masanya konsep sekolah ke kerjaya ditekankan kerana ia akan memberi ruang pelajar terlibat dalam kerjaya yang diminati ketika masih di alam persekolahan, kata Setiausaha Agung Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran (PKPB), Mohammad Rizan Hassan.

Polis kenal pasti, kesan individu baling botol kaca ke jalan raya
Polis telah mengenal pasti individu dalam video tular yang membaling sebuah botol kaca dari balkoni sebuah kediaman ke arah jalan raya dan pengesanan terhadapnya sedang giat dilakukan.

RTW PERKESO | 54,148 berjaya kembali ke alam pekerjaan
Seramai 54,148 pekerja yang mengalami kecederaan dan hilang upaya berjaya kembali ke alam pekerjaan menerusi Program Return to Work (RTW) yang diperkenalkan PERKESO sejak 2007 sehingga Disember 2022. Menurut Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar, menerusi program tersebut PERKESO telah mengubah fokus dari pembayaran pampasan semata-mata kepada perkhidmatan pemulihan dan pencegahan yang memperkukuhkan lagi kesejahteraan golongan pekerja.

Bekas pegawai bank ada berbincang dengan Jho Low pasal akaun Najib
Joanna Yu Ging Ping berhubung dengan Jho Low menerusi BlackBerry Messenger (BBM) pada pukul 11.46 malam, 4 Dis 2014.

Sekolah | Sesi bermula 8 pagi bukan keutamaan setakat ini
Di sebalik cadangan banyak pihak, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menegaskan sesi persekolahan bermula jam lapan pagi bukan keutamaan Kementerian Pendidikan ketika ini. Terdapat banyak lagi isu lain yang perlu didahulukan, tetapi beliau memberi jaminan, pandangan itu tetap diberi perhatian.

Ibu disyaki kelar mati bayi sendiri direman tujuh hari
Perintah tahanan reman dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Kota Bharu Rusli Ahmad bermula hari ini sehingga 11 Februari ini untuk siasatan lanjut.