awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ibu ditemui gantung diri selepas dipercayai bunuh dua anak di Samarahan

Bernama
Bernama
20/07/2016
01:16 MYT
Ibu ditemui gantung diri selepas dipercayai bunuh dua anak di Samarahan
Menurut polis, setakat ini kes tersebut disiasat sebagai mati mengejut. - Gambar hiasan
Dua kanak-kanak lelaki berusia tujuh dan empat tahun dipercayai dibunuh oleh ibu mereka di Kampung Baru di sini malam tadi.
Ketua Polis Daerah Samarahan, DSP Lee Chong Chern berkata ibu berkenaan yang berusia 37 tahun didapati menggantung diri di dalam tandas di rumah tersebut.
Beliau berkata pihak polis menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan mengenai penemuan dua kanak-kanak tersebut dalam keadaan mencurigakan kira-kira 7.55 malam.
"Polis menjumpai dua kanak-kanak tersebut di bilik tidur dengan yang berusia tujuh tahun sudah meninggal dunia, manakala yang berusia empat tahun ditemui dalam keadaan kritikal.
"Dia dibawa ke Hospital Jantung, Kota Samarahan sebelum disahkan meninggal dunia," katanya ketika dihubungi pagi ini.
Lee berkata di dalam bilik tidur itu turut ditemukan sejenis cecair peluntur yang disyaki diberikan kepada kanak-kanak berkenaan.
Beliau berkata setakat ini kes tersebut disiasat sebagai mati mengejut.
Topic Berkaitan
#cecair peluntur
#gantung diri
#ibu bunuh anak
#polis
#Samarahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan