Meredah air paras pinggang sejauh 200 meter ke pusat pemindahan sambil mendukung bayi baru dilahirkan, itu antara detik cemas yang terpaksa diharungi seorang ibu muda apabila rumahnya dinaiki air malam tadi.
Suhaili Saharuddin, 21, dari Kampung Padang berkata dia terpaksa meredah air banjir itu pada kira-kira 3 pagi sambil mendukung bayinya yang baru berumur 15 hari, Nur Sofia Mohd Rizal manakala suaminya mendukung seorang lagi anak mereka berumur tiga tahun.
"Masa tu saya sedang tidur, suami kejutkan beritahu air mula memasuki rumah... saya agak panik pada mulanya sebab risaukan bayi dan kami terus ambil keputusan untuk pindah.
"Saya redah air hingga paras pinggang sambil dukung anak... memang tuhan je tahu, rasa takut sebab tengah-tengah malam redah air, tapi saya kuatkan diri untuk selamatkan anak," katanya ketika ditemui Bernama di Pusat Pemindahan Banjir Sekolah Menengah Kebangsaan Badrul Alam Shah, Kemasik di sini, hari ini.
Suhaili berkata dia tinggal di Paka dan pulang ke rumah bapanya itu petang semalam untuk menghabiskan tempoh pantangnya.
"Alhamdulillah, saya diberikan khemah, toto dan tikar dan makan pun diberikan lauk yang sesuai untuk orang berpantang... syukurlah.
"Pagi tadi pegawai kesihatan datang dan bawa bayi saya ke klinik untuk rawatan dan pemeriksaan sebab anak saya demam kuning... Alhamdulillah, saya memang berterima kasih atas layanan ini," kata ibu muda itu.
Abdul Rasid Ibrahim, 44, pula berkata ini kali kedua rumahnya dinaiki air sejak tinggal di perumahan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Kampung Baru Kanan, Kemasik pada September lepas.
"Hujan memang lebat sejak pukul 8 malam... sekitar pukul 1 pagi air mula memasuki rumah, saya dan isteri sempat mengemas perabot dan barang untuk diletakkan di tempat lebih tinggi. Kami pindah ke pusat pemindahan sekitar pukul 5 pagi," katanya.
Sementara itu, Pegawai Daerah Kemaman Rosman Roslan berkata sehingga 12 tengah hari tadi, sebanyak 63 orang daripada 17 keluarga di daerah ini dipindahkan ke tiga pusat pemindahan banjir iaitu di SMK Badrul Alam Shah, Balai Raya Kampung Padang Kemunting dan Balai Raya Kampung Batu 9, Ibok. - BERNAMA
Bernama
Mon Dec 26 2016
Pegawai Daerah Kemaman Rosman Roslan berkata sehingga 12 tengah hari tadi, sebanyak 63 orang daripada 17 keluarga di daerah ini dipindahkan ke tiga pusat pemindahan banjir. - Gambar BERNAMA
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
Banjir di Kelantan pulih, PPS terakhir ditutup petang ini
PPS Sekolah Kebangsaan Limau Kasturi 1 yang menempatkan 41 orang ditutup sekitar 5 petang tadi.
Kebersihan Bandaraya Diraja Klang: Selangor terima teguran Sultan Sharafuddin
Kerajaan Selangor menerima dengan hati terbuka teguran Sultan Sharafuddin yang menzahirkan keprihatinan berhubung tahap kebersihan di Bandaraya Diraja Klang.
Mangsa banjir di Pantai Timur meningkat, Perak, Johor kekal
Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan hujan berterusan di beberapa negeri sehingga esok, termasuk Perlis, Kedah, Perak, Kelantan, dan Terengganu.
Semakin ramai mangsa banjir di Pantai Timur, Johor ditempatkan di PPS
Situasi banjir di Pantai Timur dan Johor bertambah buruk malam ini apabila semakin ramai mangsa ditempatkan di PPS.
Cadangan bina PPK langkah proaktif hadapi bencana - Timbalan Premier
Pembinaan pusat pemindahan kekal (PPK) terutamanya di kawasan berisiko banjir merupakan langkah proaktif kerajaan dalam menghadapi bencana.
PDRM siap sedia hadapi gelombang banjir seterusnya - Ayob Khan
PDRM bersiap siaga bagi menghadapi gelombang banjir seterusnya, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.
Amaran hujan lebat tahap buruk, waspada di enam negeri
Hujan berterusan tahap waspada sehingga Khamis ini dijangka berlaku di seluruh Perlis dan beberapa kawasan di Kedah.
Keterlibatan sukarelawan wanita penting dalam misi bantuan bencana
Nilai empati dan sifat prihatin wanita yang lebih dominan membantu dari segi bantuan psikosial kepada mangsa banjir.
Amaran hujan berterusan tahap buruk di Terengganu, Pahang hingga esok
MetMalaysia hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk di Terengganu dan Pahang sehingga esok.