NATIONAL
Ibu hidap kanser mulut, anak buntu mengharap sinar

Wan Hasyaity Azlin hanya mampu minum susu formula melalui tiub yang dipasang pada bahagian hidung. - Astro AWANI
Tiga beradik di sebuah kampung di Kubang Kerian dekat sini bergantung harap agar ada sinar keajaiban supaya ibu mereka, seorang penghidap kanser, pulih seperti sedia kala.
Mereka juga mengharapkan si ibu tabah berjuang melawan kanser mulut tahap empat yang ditanggungnya memandangkan mereka bertiga masih memerlukan kasihsayangnya.
Ibu tiga beradik ini, Wan Hasyaity Azlin Wan Hassan, 38, seorang ibu tunggal yang menetap bersama ibunya di Kampung Chica, Kubang Kerian, hanya terlantar di rumah sejak disahkan menghidap penyakit itu.

Tiga beradik membantu menguruskan ibu mereka yang menghidap kanser mulut tahap empat. Astro AWANI
Dia bercerai dengan bekas suaminya empat tahun lalu dan mempunyai tiga orang anak - Syaza Tasnim, 11, Syifat Balkis Shamsul Adli, 10, dan Syirdatul Nur Humairah, 5.
Nenek mereka, Esah Ahmad, 63, berkata, anaknya kini tidak mampu lagi bercakap dan makan kerana kanser tersebut telah merebak ke seluruh lidah.

Ahli keluarga turut membantu menguruskan Wan Hasyaity. - Astro AWANI
Kini, berat badannya kian menyusut sehingga 45 kilogram berbanding sebelum ini 72 kilogram.
Sebelum ini, Wan Hasyaity pernah bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat kereta di Pasir Hor namun terpaksa berhenti kerana keadaan kesihatannya.

Saudara-mara datang berkunjung melawat keluarga yang sedang diuji ini. - Astro AWANI
Dia kini hanya bergantung kepada sedikit wang simpanan selain bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan untuk menampung kos rawatan dan persekolahan tiga anaknya yang masih bersekolah.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami