awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ibu maut tersepit di kereta, dua anak lelaki cedera dalam kemalangan di Gua Musang

Bernama
Bernama
15/05/2025
13:15 MYT
Ibu maut tersepit di kereta, dua anak lelaki cedera dalam kemalangan di Gua Musang
Seorang wanita maut manakala dua anak lelakinya berusia sembilan dan 14 tahun mengalami kecederaan apabila kenderaan yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Felda Chiku 3, Gua Musang hari ini. - Foto: JBPM, PDRM
KOTA BHARU: Seorang wanita maut manakala dua anak lelakinya berusia sembilan dan 14 tahun mengalami kecederaan apabila kenderaan yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Felda Chiku 3, Gua Musang hari ini.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang Mohd Razani Mamat berkata kejadian berlaku semasa wanita berkenaan Rohaya Jaafar, 42, baru mengambil anak-anaknya dari sekolah pada kira-kira 1.30 tengah hari.
"Anggota bomba berjaya mengeluarkan wanita itu yang tersepit dalam keretanya, namun dia disahkan meninggal dunia pada 2.31 petang oleh pihak kesihatan yang hadir," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau berkata anggota bomba kemudian membuat kerja-kerja pembersihan bagi memastikan kawasan kemalangan itu benar-benar selamat, dan operasi selesai pada 3.13 petang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kemalangan
#Gua Musang
#tersepit
#Rohaya Jaafar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan